Showing posts with label FF. Show all posts
Showing posts with label FF. Show all posts

July 22, 2012

Beautiful You [Characters]




Gongchan's Picture credit to Sofia Farzana
Namjoo's Picture credit to Mr Google
All textures credit to DevianArt


Title : Beautiful You
Author : Ilys
Staring : Shik Gongchan - Kim Namjoo
Genre : Romance - Angst - Love - Slice Of Life
Inspired By : Beautiful Target [B1A4]

Main Character

Shik Gongchan as Gongchan



Seorang remaja yang sudah tamat pembelajaran dan kini menganggur. Akan mengambil alih bisnes ayahnya. Addicted with DSLR. 

 Kim Namjoo as Namjoo


Seorang photographer. Kehidupan sederhana. Seorang yang simple dan sopan santun. Susah mesra dengan orang baru. Manja tetapi reti berdikari. DSLR adalah kawan rapatnya selain Yoona.

Minor Character


Im Yoona as Yoona


Kawan rapat Namjoo sejak kecil. Rajin. Memahami perasaan seseorang. Penyayang. Cantik. Seorang yang merendah diri.

aku buat bende ni spontan. tup tup dah hampir siap oneshotnya. aku ingat nak kasi kengkawan sekolah aku baca . diorang jenis yg tak layan ff belog ni lol k so aku nak kasi diorang karya aku ni cewah. oh ya , aku dapat idea dari B1A4- Beautiful Target. k jangan tanya kenapa. dan sebab tu lah aku guna gongchan. pinjam kejap sofia. XD










July 21, 2012

Waiting For You | Chapter 13


Chapter 13

     Naeun tergamam. Kakinya yang gah berdiri di muka bumi tidak lagi dirasa. Matanya tertancap pada dua orang perempuan yang sedang sakan membeli-belah. Sesekali terserlah kemesraan mereka diisi dengan gelak tawa. 

     "Naeun ?" kedengaran namanya dipanggil dari corong telefon. Telefon bimbit yang tadinya ditekapkan di telefon terus dipandang penuh sayu. Apa aku buat ni ? Aku tak layak untuk dia ! Jarinya terus menekan punat yang berwarna merah.

     Mulutnya diketap. Telefon bimbit yang erat dipegang dipandang sayu lantas membawanya ke dalam dakapan. Naeun mengeluh. 

     "Hey Naeun!" Naeun menoleh ke arah empunya suara apabila terdengar namanya dipanggil. Oh Eunjung ! Ah , kesian Eunjung . Kenapa aku boleh leka ?

     "Sorry " kata Naeun sambil menunduk.

     "Kau ni lambat sangatlah ! Nah" kata Eunjung sambil menghulurkan sebuah plastik yang berisi buku. Naeun menyambut lalu menjengukkan kepala melihat isinya. Buku comel dengan ... oh... buku tu. Naeun berkata dalam hati.

     "Mana kau tahu aku nak beli buku ni?" kata Naeun sambil mengeluarkan buku "Bestfriends to Lovers". 

     "Aku nampak kau pegang buku tadi, aku tengok macam best je" Naeun meletakkan kembali buku tersebut ke dalam plastik. Eunjung memahami mengapa Naeun meletak kembali buku tersebut tetapi dia hanya mendiamkan diri.

     "Oh berapa semuanya ?" kata Naeun sambil mencari dompetnya di dalam beg tangannya. 

     "Aku belanja lah. Dah lama tak belanja kau" kata Eunjung sambil ketawa.

     "Ye ke ? Sayang kau ! " kata Naeun kegembiraan.

     "Pfft menyampah" kata Eunjung. Naeun hanya tersenyum.

******

Junhyung's POV

     Aku memandang skrin telefon sambil mengerutkan dahi. Eh kenapa ? Naeun macam nak cakap sesuatu tadi. Ah , call balik lah.

     Aku mencari contact nama Naeun. Terletak di atas sekali kerana Naeunlah orang yang paling banyak kali dihubungi o. Siap ada simbol love lagi . HAHA kalau Naeun tahu ni habis aku. 

     Laju sahaja tanganku menekan punta berwarna hijau. Bunyi 'trut trut' yang hinggap di pendengaran menambahkan denyutan jantungku. Cepatlah jawab ! 

     "Ah ..." Aku mengeluh sebaik sahaja mendengar suara perempuan yang langsung tidak diingini. Lalu ditekan butang merah sebatai tanda menematkan panggilan.

    Aku meletakkan lenganku diatas dahi. Ah , aku rindu dia. Dia tak suka ke aku cakap aku rindu dia ? Tapi tadi dia macam nak cakap sesuatu. Fikiranku mengimbas kembali perbualan kami sebentar tadi. Lalu aku ketawa sendiri.

     Aku bercadang mahu mengantar pesanan suara kepada Naeun.

     "Naeun- ah ... kenapa tiba-tiba je matikan call tadi ? Something wrong ? Aku risau lah . IMY." Nafasku dihela seketika.

     Kedengaran deringan telefon bimbitku menyapa telinga. Pantas sahaja ku capai. Sudah terlayar wajah Naeun difikiran. Dilihat nama panggilan di skrin telefon , terus sahaja aku mengeluh. 

     "Junnie -yaaa~~" Kedengara suara Hara menjamah pendengaranku . Sengaja suaranya dilenggokkan. Menyampah. Nak apa lagi ahli sihir ni. Sejak bila pulak kau panggil aku 'Junnie' ni. 

     "Hurmm..." jawabku ala kadar sejurus menampakkan kemalasanku untuk melayannya.

     "Junnie ya , awak tengah buat apa" 

     "Nothing"

     "Oh , tak bosan ke ?" Aku lagi bosan dengar suara kau . Getus ku dalam hati.

     "Tak." Jawabku pendek.

     "Ok , nak kirim apa-apa ? Sementara saya dengan Aunty kat shopping mall ni." Tanya Hara. Fikiranku melayang memikirkan apa yang aku perlukan. Mungkin aku boleh kirim. Oh ya , minyak wangi aku dah habis.

     "Err ... belikan minyak wangi. Yang biasa saya pakai. Tu je kot" 

     "Okay . Take care." Aku hanya mengangguk. Ah macam lah dia nampak.

******

Naeun's POV

     Aku memerhatikan lagak Hara yang sedang tersenyum sendiri bercakap di telefon. Aku tahu itu Junhyung. Mungkin dia dah nampak aku kat sini. Junnie ? Ah , sapa lagi kalau bukan Junhyung ! Mungkin dia mahu cemburukan aku.

     Terselit perasaan cemburu melihat Hara yang tersenyum sendiri. Apa yang mereka bualkan sampai Hara suka sangat tu ? Junhyung .... sampai hati kau . 

     Hara kulihat sudah memeatikan telefon lalu menghayun langkah menuju ke sebuah kedai minyak wangi tidak ku tahu menahu nama kedainya. Ah lantak , jenuh aku nak sebut. 

     Entah kenapa laju sahaja kakiku melangkah menghampiri kedai tersebut lalu ku melangkah masuk. Mujur tidak disedari oleh Hara.

     "Aunty , ni kan perfume yang Junhyung pakai ?" tanya Hara . Untuk medapatkan kepastian mungkin. Aku tak tahu pun.

     Entah kenapa aku jadi makin menyampah melihat perlakuan Hara bersama ibu Junhyung. Terkinja sana dan sini. Menyampah pulak. 

    Aku melangkah laju meninggalkan kedai tersebut. Senak perut juga duduk lama-lama dalam kedai tu. Kuat betul bau perfume nya.

     Ah Eunjung ! Lupa pula aku , mesti dia tunggu aku lama gila tadi. Ah , leka pula aku. Bilalah penyakit leka aku ni nak hilang. 

******

     "Kau pergi mana ! " terjah Eunjung sebaik sahaja Naeun tiba dihadapnnya. Naeun dilihat sudah cuak melihat muka Eunjung yang sudah sedia melontarkan bom berpadu kepadanya.

     "Aku... aku ... aku nampak Hara tadi ..." kata Naeun perlahan. Eunjung terkejut. Hara ? 

     "Kat mana ? Dia dengan siapa ? Junhyung ?" laju sahaja Eunjung bertanya. 

     "Dia dengan mak dia ..." kata Naeun perlahan. Ah , kenapa aku lemah semangat ni .

     Eunjung hanya memandang Hara penuh kasihan. 

     "Ala , kau ni. Ibu dia je kan . Bukannya Junhyung" kaa Eunjung cuba untuk menyedapkan hatinya.

     "Ye laa , tapi tadi dia call Junhyung. Bukan ke diorang dah clash ? Kenapa nak contact lagi ?" Naeun meluahkan rasa tidak puas hatinya.

    Eunjung sudah tersenyum simpul.

    "Kau ceburu ea?" Muncung mulut milik Naeun mati sebaik sahaja Eunjung berkata begitu. 

     Naeun hanya mengangguk.

Aku tengah rajin nak update ni tapi tapi eh eh , okay aku tahu cita ni bosan. aku pun dah rasa cerita ni melalut. Selamat berpuasa semua ~~

July 15, 2012

Waiting For You | Chapter 12


Chapter 12

     "Aunty , saya tunggu dalam kereta ya" kata Hara sambil memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya lalu segera berlalu ke luar halaman rumah. 

     "Aunty nak salin baju kejap" Kedengaran suara Puan Yong sayup-sayup. Hara hanya mengangguk. 

     Satu keluhan dilepaskan di dalam kereta milik Puan Yong. Rambutnya yang lebut lurus itu diraup kebelakang. Matanya dipejamkan. Perit. Peritnya sungguh dalam dirasakan ketika berpura-pura senyum dihadapan Puan Yong. 

     Pedih yang bertapa dihati masih belum pulih. Dia masih tidak boleh terima dia sudah tiada apa-apa dengan Junhyung. 

     "Sorry lah lambat pulak Aunty siap" Terkejut Hara terdengar pintu kereta. Mujur air mata yang bergenang tidak mengalir. 

     Hara hanya mengangguk sambil menarik nafas sedalam yang mungkin. Sedaya upaya dia menutup kesedihan yang melanda.

*****

Di kedai buku.

     "Eunjung , aku pergi dekat bahagian novel kejap" kata Naeun sambil kakinya melangkah menuju ke ruangan novel. Eunjung hanya mengangguk sambil matanya ligat membaca isi kandungan buku yang dipegang sejak tadi.

     Kakinya melangkah laju menuju ke ruangan novel yang terletak agak jauh dari tempah dia dan Eunjung berada sebentar tadi. Alah , exercise sikit. Detik Naeun

     Setibanya dia di ruangan novel , matanya bersinar menunjukkan betapa terujanya dia. Tersenyum cuma apabila melihat pelbagai novel yang terpampang kemas di hadapan mata. 

     Tangan moleknya mencapai sebuah buku yang berjaya menarik perhatiannya. DIlihat muka depoan buku tersebut yang dihias kemas dan sangat comel. Sememangnya Naeun mudah tertarik dengan beda-benda yang comel.

     Dia beralih pula kepada sinopsis yang biasanya terletak dibelakang sesebuah buku. Sinopsisnya ditulis dengan tulisan yang comel berangkai. Sesuai dengan ceritanya yang bergenre comel. Eh ? Genre comel ? Hati Naeun terdetik sendiri.

     Tap ! Naeun menutup buku itu sambil mengetap bibirnya. Tak sabarnya nak baca ! Naeun melompat kegembiraan didalam hatinya. Dia berlih pula ke rak-rak lain. Dia mencari sesuatu yang bergenre sedih. Lju kakinya mengahyun langkah sambil memeluk erat buku yang berjaya menarik perhatiannya tadi.

     Mulutnya dimuncungkan sambil matanya tercari-cari buku yang boleh menarik perhatiannya. Dia ternampak sebuah buku yang berkulit hitam-biru. Nampak macam sedih. Detik Naeun. Segera dicapai buku itu lalu dibelek.

     Bestfriends to Lovers . Bibirnya menutur perlahan tajuk buku tersebut. Termangu-mangu dia memandang buku tersebut. Dunianya bagaikan berhenti seketika.

     "Excuse me ?" Kedengaran suara seorang perempuan yang berusia lebih kurang dalam lingkungan 16 tahun. Naeun telah mengahalang laluannya. Segera Naeun berlalu dari tempat dia berdiri. Tingginya budak tu. Aku yang lagi tua ni pun nampak macam muda dari dia. Naeun berkata sendiri.

     Pandangannya jatuh kembali ke buku yang berwarna hitam-biru tersebut. Diletak kembali buku tersebut. Sempat lagi dia mengeluh. Tadinya dia mengelamun teringatkan Junhyung. 

     Kenapa baru sekarang dia cakap dia suka aku ? Kenapa tak dulu ? Ah , dah terlambat. Tak mungkin aku akan kecewakan Hara.

     "Carilah kebahagiaan, tapi jangan cari kebahagiaan yang akan memusnahkan kebahagiaan orang lain" fikirannya teringat nasihat ibu kesayangannya yang berada di Jepun. Naeun mengemam bibirnya. What should  I do ? 

     "Naeun !" Naeun menoleh apabila terdenar namanya dipanggil. Oh , Eunjung. Hampir terlupa dibuatnya. 

     "Aku cari kau tadi , kau kat mana ? Penat tau tak aku cari kau. Kedai buku ni bukannya kecik" bebel Eunjung yang sudah kepenatan. Mungkin dia mencari Naeun hingga ke tingkat 2 barangkali.

     "Kan aku dah cakap aku nak pergi bahagian novel" balas Naeun.

     "Kau ingat bahagian novel tu satu je ke ?" perli Eunjung pula. Naeun mengalah. Makin dibalas alamatnya disitu jugalah akan muncul perperangan.

     Eunjung sedar akan raut muka Naeun yang sedikit lain. Takkanlah terasa aku marah dia kot ? Selalu dia tak kisah je. Mesti ada hal lain ni. 

     "Kau okay Naeun ?" teguran Eunjung mengejutkan Naeun yang sedang mengelamun. 

     "Hah ? Err tak ada apa lah. Aku nak pergi toilet jap" kata Naeun lalu terus berlalu. Buku yang dipegang sejak tadi selamba sahaja diberikan kepada Eunjung.

*****

     Kakinya laju melangkah menuju ke pintu keluar kedai buku tersebut. Hai , apsal jauh sangat pintu keluarnya. Rungut Naeun. Sebak didada ditahan-tahan.

     Tiba diluar kedai buku tersebut , matanya mencari-cari kelibat tandas. Dia ternampak petunjuk arah menunjukkan arah tandas lalu laju sahaja kakinya melangkah menuju ke tandas. Dengiran telefon miliknya mengejutkan Naeun lalu automatik menghentikan langkahnya ketik itu.

     Junhyung ! Naeun mengetap bibir. Aku nak dengar suara dia . Aku rindu dia. Patut ke aku jawab ? Tangannya laju menekan punat lalu menjawab panggilan telefon dari Junhyung.

     "Tengah buat apa?" kedengaran suara lembut Junhyung di corong telefon. Dia menjerit ! Menjerit sekuat hati betapa dia rindu akan suara itu.

     "Tengah beli buku dengan Eunjung. Kenapa?" jawab Naeun perlahan.

     "Dah makan ?" 

     "Dah" Naeun menipu padahal dia belum jamah satu apa pun dari pagi tadi. Ah , memang selalunya orang balas 'dah' kan ?

     "Tak penat ke jalan-jalan?" tanya Junhyung.

     Naeun tersenyum. "Penat ? Haha , tak pun" Naeun kembali berjalan tetapi kini dia sendiri tidak tahu destinasinya.

     "HAHA nak dukung ?" usik Junhyung.

     Naeun tersenyum malu "Eihhh , sanggup ke ? Aku berat ni . HAHA" 

     "Eleh macam tak pernah"

     Naeun berkerut. Dia pernah dukung aku ke ? "Bilaaaaaaaaaaaaa?"

     Kedengaran tawa Junhyung di corong telefon. "Masa kecik dulu ..." kata Junhyung lembut.

     Naeun hanya tersenyum. Terlayar kenangan mereka berdua ketika kecil.

     "I Miss You" lembut suara romantis Junhyung menutur tiga perkataan itu. Naeun hanya tersenyum.

     "I ..." Naeun tidak sedar dia ingin membalas. Tiba-tiba dia ternampak kelibat Hara dan ibu Junhyung sedang berjalan menuju ke gedung pakaian. Mesra lagaknya.

     Hatinya sakit. Bibir diketap menahan sebak di dada.



July 2, 2012

Waiting For You | Chapter 11


Chapter 11

     Naeun berdiri kaku . Fikirannya melayang. Dirinya berada di atas bumbung sekolah tetapi dirinya tidak berada di situ. Satu keluhan dilepaskan berat. Sungguh , beban yang dirasakan kini begitu berat. Terasan bahunya kini menganggung beban yang sangat berat.

     Dia teringat pengakuaan Junhyung tentang perasaanya. Kenapa begitu cepat dia berubah hati ? Sedangkan  dia baru sahaja putus dengan bekas kekasihnya; Hara.

     Naeun teringat perbualannya dengan Hara.

     Tubuh Hara yang kecil molek itu terduduk lemah di hadapan Naeun. Lututnya bagakan tidak bisa menampung dirinya yang kian lemah. Setitis air mata menemani dirinya lalu setitis demi setitis mengalir. 
  
     Naeun yang menunduk memandang lantai terkejut melihat badan Hara yang terduduk lemah. Terlopong mulutnya pabila melihat titisan air mata milik Hara. Tangannya ditekupkan ke mulut.


     "Naeun..." kata Hara lemah. Esakannya semakin menjadi-jadi. Naeun panik. Kakinya ingin bergerak tetapi terasa begitu berat untuk digerakkan. Lantas tangannya memegang bahu Hara lalu diusap perlahan.


     "Aku dengan Junhyung dah tak ada apa-apa" bicara Hara perlahan 


     Naeun tergamam. Mukanya jelas menunjukkan yang dia sangat terkejut. Sungguh dia tidak tahu mengenainya langsung.


     "Aku tak boleh hidup tanpa dia , Naeun ..." tutur Hara. Bahunya terenjut-enjut menahan esak.


     Naeun bungkam di sisi Hara. Segera dia mengusir gamamnya lalu tangannya mengusap bahu Hara supaya Hara lebih tenang.


     Naeun mengeluh. Aku cintakan Junhyung ! Tapi ,tak mungkin aku akan kecewakan Hara dengan memberi jawapan kepada Junhyung yang aku cintakan dia. Naeun sedar begitu lemah Hara apabila dia sudah tidak ada hubungan dengan Junhyung apatah lagi jika Naeun berpacaran dengan Junhyung. Pasti lebih teruk.

     Naeun mengusap mukanya. Apa patut aku lakukan ?

******

     Hara mengeluarkan telefonnya mendail seseorang. Sudah lebih sepuluh minit dia berdiri di hadapan pagar antik itu namun tiada siapa yang membukanya.

     Setelah panggilannya dijawab , keluar seorang wanita yang sudah berumur tapi masih lagi cantik dah bergaya lagaknya.

     "Eh Hara , sorrylah aunty tak perasan pun Hara dah sampai . Aunty sibuk masak kat dapur tadi" kedengaran suara puan Yong yang sedang membuka pintu pagar antik miliknya.

     "Tak pe aunty , bukannya lama pun. Saya tekan loceng banyak kali takkan aunty tak dengar kot?" tanya Hara.

     "Tulah , aunty tak dengar apa-apa. Ada problem kot loceng tu. Jom lah kita masuk. Aunty dah masak untuk Hara dah . Favorite Hara lagi" 

     "Susahkan aunty je. Kenapa aunty suruh saya datang?" tanya Hara ketika dia sedang melabuhkan punggung di meja makan. Dia takut jika Puan Yong sudah mengetahui tentang dia dan Junhyung.

     "Tak ada apa. Saja je. Lagipun Hara dah lama tak jenguk aunty kat rumah ni. Asyik dengan Junhyung je" kata-kata Puan Yong melegakan Hara. Ah , aunty belum tahu lagi rupanya. Junhyung belum beritahu dia lah ni.

     Hara hanya tersenyum mendengar kata-kata Puan Yong. 

     "Eh Junnnie ! Mari makan." Hara terkejut. Suapan yang hampir masuk ke mulutnya automatik terhenti. Junhyung ada kat rumah ?

     Junhyung tergamam. Hara ? Apa dia buat kat sini. Automatik dia mengeluh. Keluhan itu didengari oleh Hara. Junhyung menarik kerusi disebelah ibunya. 

     Puan Yong pelik. Eh , kenapa tak duduk sebelah Hara? Dipandang kerusi kosong diseblah Hara. Dia lantas mengusir prasangka yang berlayar di fikirannya.

     "Hara ... nanti lepas makan , teman aunty shopping ya ? Dah lama tak keluar dengan Hara. Asyik dengan Junhyung je" kata Puan Yong.

     Junhyung tersedak. Mujur tidak disedari oleh ibunya. Hara hanya tersenyum sambil mengangguk.

     "Omma nak ambil telefon kat bilik jap" kata Puan Yong lalu meninggalkan Hara dan Junhyung berdua-duaan.

     Suasana sunyi seketika. Junhyung berasa sungguh tidak selesa. Lalu dikeluarkan telefon bimbitnya. Terlayar wajah Naeun di screen telefonnya. Junhyung tersenyum sendiri.

     "Awak ... tak beritahu aunty ?" kata Hara memecah kesunyian.

     Junhyung hanya menggeleng sambil matanya ligat memandang screen telefonnya.

     Hara mengeluh. Junhyung sedar Hara mengeluh seraya dia berkata "Bila waktunya dah tiba saya beritahu"

     Hara memandang Junhyung. Tidak berpuas hati. 

     "Kenapa tiba-tiba je ? Kenapa ? Tak ke susah kalau aunty dah tahu?" tanya Hara. Sungguh dia masih tidak boleh terima.

    "Mom should have understand their son" kata Junhyung mengundang amarah Hara. Dia ingin membalas tetapi kemunculan Puan Yong membantutkannya.

     "Kita pergi pukul berapa aunty ?" tanya Hara mengusir kegusaran yang kemungkinan Puan Yong mendengar perbualannya dengan Junhyung sebentar tadi.

     "Lepas makan kita terus pergilah. Junnie , tinggal rumah.Tak payah nak menyelit" kata-kata Puan Yong membuatkan Junhyung mencebik.

     "Eleh , tak nak ikut pun" kata Junhyung lalau menyimpan telefonnya. Takut jika ibunya perasan gambar Naeun.

wey , betulke Puan Yong lol ~.~ mampus ah . TYPO ITU COMEL aku nak cepat ni k bai o/


June 24, 2012

Waiting For You | Chapter 10


Chapter 10

     Naeun mengemas alat tulis dan buku-bukunya yang berselerakan di atas mejanya. Sebentar tadi dia telah menyuruh Eunjung pergi ke kantin dahulu memandangkan nota yang diberi oleh Cikgu Jinyoung belum habis dicatitnya. 

     Menyampah betul lah Cikgu Jinyoung ni. Over mengalahkan pengetua sekolah pulak. Bagi nota sampai padat papan putih dibutanya. Kalau boleh sampai pen marker itu hilang dakwatnya. Sesekali dia menghentak tanda memprotes.

     Setelah selesai menyusun dan memasukkan barang ke dalam beg, Naeun sudah bersiap sedia untuk turun. Sedang dia berjalan ke ara pintu kelas tiba-tiba muncul figura seorang gadis dihadapannya. Hara ! Naeun hanya menunduk memandang lantai tidak berani bertentang mata dengan Hara yang sedang bercekak pinggang.

******

     "Kau okay ?" tanya Junhyung. Baru hari ini dia berani menegur Naeun setelah kejadian yang menimpa Naeun.

     "Dah okay sikit. Better than before" kata Naeun dengan nada yakin. 

     "Syukurlah..." kata Junhyung dengan suara mendatar. 

     Naeun senyap . Tidak tahu mahu berkata apa. 

     "Kau ... dah putus dengan Hara ?" kata Naeun. Tiba-tiba dia teringat akan berita paling hot di sekolah sekarang ni. 

     Junhyung hanya mengangguk sambil menunjukkan muka bahagia dia tu. Apakah ? Baru lepas putus pun senyum lagi ? Sumpah mereng mamat ni. Kutuk Naeun dalam hati.

     "Sebab aku ?" duga Naeun. Terselit juga kebimbangan mungkin semua itu disebabkan dia.

     Junhyung menggeleng sambil buat muka bahagia lalu menoleh memandang Naeun. Hah ! Menyampah betul aku tengok muka bahagia kau tu . Gerutu Naeun dalam hati.

     "Asal muka kau merah ?" tanya Junhyung sambil tersengih memandang Naeun.

     "Merah ? Mana ada !" nafi Naeun sambil menyentuh wajahnya yang putih mulus sudah bertukar kepada merah padam.

     "Aku handsome ea tadi masa aku senyum ?" usik Junhyung mahu menduga.

     "Eeee , perasan lah kau. Muka tong sampah lagi handsome" balas Naeun dengan suara padunya. Entah kenapa dia jadi gelabah semacam apabila menjawab pertanyaan Junhyung tadi.

     Junhyung tergelak terbahak-bahak. Hingga terduduk dia menahan ketawa. Tangannya pula memgang perutnya. 

     Naeun terkebil-kebil . Kenapa ? Lawak sangat ke jawapan aku tadi ? Ehh... mana ada lawak. Kenapaaaa? 

     "Kau ... Buhahahahahahaha" Junhyung tidak boleh meneruskan kata-katanya disebabkan tawanya yang masih bersisa.

    Naeun pula sedang berdiri terkulat-kulat memandang Junhyung.

     "Hahh.. okay.. okay .. sorry" kata Junhyung perlahan. Masih cuba menyembunyikan tawanya yang masih bersisa.

     "Muka kau merah tadi time kau cakap tong sampah lagi handsome" sambung Junhyung. Naeun merah padam. 

     Naeun dapat merasakan mukanya panas akibat darah yang naik ke mukanya.

     Segera dia berdiri membelakangi Junhyung. Sempat lagi dia buat muka itik merajuk. lol -.-

     Keadaan Sunyi seketika. Tiba-tiba Naeun dapat merasakn haba manusia di belakangnya. Mukanya serta merta merah padam.

     "Sorry ..." Suara Junhyung dirasakan begiu dekat dengan Naeun. Naeun menunduk sambil tangannya didakap antara satu sama lain. Dirasakan badannya kerdil ketika itu.

    "Aku suka kau" berderau darahnya mendengar tiga perkataan keramat itu. Hah ? Apa patut aku respon ? Aku nak buat apa sekarang? Ah , ini first time aku dengar orang cakap macam tu kat aku ! Eh , mesti dia nak kenakan aku ni. Amboi , dah syok kau ketawa , kau nak ketawa lagi lah ni ? 

     "Aku serious" terkebil-kebil dia mendengar kata-kata Junhyung . Tipu ! 

     "Aku tak tipulah . Betul" Naeun mengetap bibir. Eh , muka aku merah tak ? Mamat ni boleh baca fikiran aku ke ?

     "Hoi , kau boleh baca fikiran aku eh?" terjah Naeun . Muka Junhyung yang tadinya redup melayan perasaan terkejut dengan terjahan Naeun yang tiba-tiba.

     "Aku serious lah..." kata Junhyung dengan suara mendatar.

     "Since when?"

    "Aku tak pasti. Tapi ... aku yakin aku cintakan kau"

    "Aku tak tahu dari mana aku dpat keyakinan nak cakap dengan kau. Kau pun sedikit-sebanyak mendorong aku untuk beritahu kau. Sikap kau sesekali menyatakan kau cintakan aku tapi ada sesekali tidak" kata Junhyung sambil merenung Naeun yang sedang menunduk.

     "Aku..." Naeun ingin berkata sesuatu tetapi disekat oleh Junhyung.

     "Syhh , no need to be that fast ." kata Junhyung sambil meninggalkan Naeun yang terkebil-kebil.

     Akhirnya Naeun mengeluh sambil mengetap bibirnya.

esok sekolah ;~; tsk . k bai TYPO ITU COMEL! hee ~ XD




     

June 20, 2012

Waiting For You


WAITING FOR YOU


Waiting For You | Chapter 9


Chapter 9

     Junhyung ditinggalkan berdua-duaan di bilik Naeun. Sebentar tadi Joon meredakan kemarahan Junhyung lalu menarik keluar Hara dan Eunjung dari bilik itu. Joon merasakan hanya itu yang boleh menyelamatkan keadaan. Junhyung hanya membiarkan tindakan Joon itu, Fikirannya kusut.

     Junhyung yang sedari tadi hanya tercegat berdiri mula berasa lenguh akibat berdiri terlalu lama. Lalu Junhyung duduk di birai katil Naeun yang empuk. Teragak-agak dia duduk di situ. Cermat sekali gayanya. Dipandang Naeun dengan pandangan yang sungguh redup. 

     Keluhan dilepaskan. Berat sekali lagaknya keluhan itu. Semuanya salah aku ke ? Aku kah yang buat dia jadi begini ?

     Fikirannya melayang ke arah Hara. Tidak disangka disebalik lentok manjanya , terselit sifat hasad dengki yang menebal di hati. Dia nampak ke aku keluar dengan Naeun hari tu ? Ah , aku bukan buat apa pun. Dia pun pernah keluar dengan lelaki lain. Argh ! Bagaimana aku boleh jatuh hati pada perempuan seperti itu ?

     Tangannya mengambil telefon bimbitnya yang tersimpan kemas di dalam kocek seluar sekolahnya. Laju tangannya menekan punat telefon. Tanpa berfikir panjang jarinya laju sahaja menekan butang 'send'. 

     Pandangannya jatuh semula ke arah Naeun yang terbaring lesu tidak bermaya. Kedengaran keluhan berat dilepaskan sekali lagi.

*****

     Hatinya bengkak. Suhu badannya naik mendadak. Diketap bibir sekuat yang mungkin. Fikirannya bingung , bercelaru ! Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tangannya mengenggam telefon bimbitnya sekuat yang boleh. Direnung skrin telefon itu. 

     Apa yang patut aku balas ? Arghhhhh. Semua salah kau ! Semuanya kaaauuu!!! Hara menjerit dalam hati. Bengkak hatinya membaca sms dari Junhyung itu. Semuanya berakhir ? Hara tersenyum pahit cuba menerima hakikat yang dia sudah tiada apa-apa kaitan dengan Junhyung lagi.

     Mata Hara terarah ke bilik Naeun yang sedikit tertutup. Diketap bibirnya. Lalu dia terus melangkah keluar dari rumah itu. Dia tidak betah duduk disitu walau sesaat pun. Hatinya bengkak.

*****

     Junhyung melangkah ke pintu pagar sekolah. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dilepaskan. Lalu kakinya melangkah menuju ke kelasnya.

     "Eh Junhyung lah" bisik satu suara. "Tu hah Junhyung." bisik satu suara dari arah bertentangan. "Eh betulkah khabar angin pasal Junhyung dengan Hara tu" 

     Junhyung berhenti dari perjalanannya lalau dia menoleh ke belakang. Dilihatnya semua orang sedang memandangnya. Mereka sedikit terkejut kerana secara tiba-tiba Junhyung memandang mereka.

     Junhyung meneruskan perjalanannya terus menuju ke kelasnya. Dia terus berlari mendapatkan Joon yang duduk bertenggek di tingkap kelas.

     "Lajunya berita tersebar" kata Junhyung mengejutkan Joon dari lamunan. 

     "Kau tak cakap dengan aku pun" kata Joon.

     "Tak penting pun" kata Junhyung bersahaja.

     Lalu pandangannya jatuh ke ara Naeun yang sedang leka membaca komik. Aku cintakan Naeun ?

aku buat pendek jekk ah. huh~ -..- aku tade idea ah nak type ape. storyline aku buat baru. So aku rse cerita ni mungkin agak panjang dari yang sepatutnya. k bai~






June 17, 2012

Waiting For You | Chapter 8

WAITING FOR YOU

     Hara awal-awal lagi sudah menarik Junhyung supaya mengikutnya. Dia tahu jika Junhyung mengetahui Naeun tidak masuk kelas hingga waktu keempat pasti kekasihnya itu akan turut mencari Naeun sampai dirinya dilupakan.

     Telefon bimbit Junhyung yang sering kali berbunyi juga tidak dipedulikan. Dimatikan telefon bimbit Junhyung itu. Pasti itu Joon, desis hati Hara. Hatinya ketawa jahat. Tanpa sedar Hara tersenyum sendiri hingga membuatkan Junhyung pelik dengan tingkah lakunya.

     "Wae?" pertanyaan Junhyung sedikit sebanyak menyedarkan Hara dari lamunannya. Dia hanya menggeleng. Junhyung pelik dengan tingkah laku Hara. Tadi Hara secara tiba-tiba menariknya ke bumbung sekolah . Apabila telefon bimbitnya berbunyi Hara pantas mencapai telefon bimbitnya lalu dimatikan.

     Bertambah pelik Junhyung dibuatnya. Namun tindakan Hara hanya dibiarkan tanpa perasaan curiga.

     "Dah lah , saya nak pergi kelas" kata Junhyung memecah kesunyian

     "Alah , kenapa ? Kita dah lama tak macam ni." pujuk Hara dengan lentok manjanya.

     Junhyung hanya diam tidak membalas kata-kata Hara. Tangannya segera mengambil telefon bimbitnya dari Hara lalu dihidupkan kembali. 

     Dilihatnya berderet panggilan yang tidak dijawab. Tidak cukup dengan itu berpuluh sms yang diterimanya. Junhyung berkerut . Kebanyakkannya dari Joon dan Eunjung. Hatinya dipugut rasa berdebar. Apakah yang berlaku ?

******

     Naeun dan Eunjung pelik melihat tingkah laku Joon sebentar tadi. Wah wah , makin menjadi-jadi dia ni. Sampai pintu pun dia hempas. 

     Tangan Naeun bergerak mencari tangan Eunjung. Eunjung terkejut. Lalu dia memandang Naeun dengan pandangan tanda tanya. 

     "Jangan beritahu Junhyung" kata Naeun pendek tanda memahami maksud pandangan Eunjung. Eunjung mengetap bibir. Perlukah aku berbuat sedemikian ? Joon ! Kemungkinan besar Joon akan beritahu Junhyung! Lalu tangannya segera mencari telefon bimbitnya yang terletak kemas di dalam beg galasnya.

     Jari jemarinya menari-nari menekan punat telefon satu persatu lalu ditekapakn di telinganya. "Joon!" jerit Eunjung apabila panggilannya dijawab.

     "Kau kat mana ?" laju sahaja dia bertanya. 

     "No ! Jangan!" Eunjung kelihatan gelabah.

     "Naeun cakap jangan !" 

     Suasana senyap seketika. Naeun yang menjadi pendengar setia hanya memerhati gelagat Eunjung . Talian dimatikan. Eunjung mengeluh seketika. Dia menunduk memandang lantai.

******

     Junhyung menarik lengan Hara sekuat-kuatnya. Mukanya merah padam menahan amarah. Joon yang mengikut dari belakang kelihatan seungguh gelisah. Joon mengeluh seketika. Aku tak patut beritahu dia! 

     Junhyung menhempas pntu rumah Naeun. Tak berkunci ! Joon menepuk dahi. Aku lupa kunci pintu, desis hati Joon. Mata Junhyung meliar-liar mencari kelibat Naeun. Disebabkan dia sudah terbiasa dengan keadaan rumah Naeun , dia terus menuju ke bilik Naeun yang terletak di tingkat atas. 

     Tangan Hara yang dipegang kuat tadi masih tidak dilepaskan. Junhyung menolak pintu bilik Naeun sekuat-kuatnya. Nafasnya turun naik akibat amarah dan juga penat. Tangan Hara dilepaskan.

     Junhyung terkejut melihat keadaan Naeun yang terbaring lesu. Kelihatan Eunjung yang duduk di birai katil juga terkejut dengan kehadiran tiga orang itu. Matanya mencerun ke arah Joon. 

     "Yah Goo Hara !" sergah Junhyung. Nafasnya turun naik. Sergahan Junhyung mengejutkan Hara. Dia tunduk memandang lantai.

     "What ... have you did ?!" suara Junhyung kembali mendatar. Naeun yang tersedar akibat sergahan Junhyung terkejut melihat situasi yang berlaku.

     Masing-masing tidak bersuara. Masing-masing tidak bergerak. Masing-masing tidak tahu hendak memberi reaksi.

Asal aku makin excited sambung FF ni wehh. huuu~ aku cek last post aku tadi . whooo~ 3 months ago walaweyhh. XDD

Waiting For You | Chapter 7

WAITING FOR YOU

     Naeun berjalan menuju ke kelasnya dengan hati yang riang . Entah kenapa hari ni kakinya ringan sahaja melangkah menuju ke sekolah. Walhal 'sekolah' adalah tempat yang sangat dielakkan oleh pelajar sekolah masa kini.

     Tiba sahaja di hadapan pintu kelasnya , dapat didengar kekecohan pelajar berbual dengan rakan masing-masing. Masa yang terluang tanpa guru digunakan sepenuhnya. Naeun hanya tersenyum melihat gelagat rakannya.

     Dia meletakkan beg galasnya di atas meja lalu dibukan zip beg tersebut. Dikeluarkan sebuah komik dari beg tersebut. Masa terluang baik digunakan sepenuhnya, detik hati Naeun. Naeun mengeluarkan kotak pensilnya alau ditempatkan di bawah meja. 

     Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu di bawah meja tersebut . Kertas ! Tangannya membelek kertas tersebut. Hatinya tertanya-tanya. Pelbagai soalan menerpa mindanya. 

     Lalu dia membuka lipatan surat tersebut. Matanya bergerak mengikut setiap baris isi surat tersebut. Sekali-kali matanya dibulatkan , mukanya berkerut dan ada kalanya dia berhenti sebentar untuk berfikir lalu kembali menyambung bacaan . Perasaan takut dan ingin tahu menguasai dirinya.

******

     Badan kecil milik Naeun ditolak sekuat-kuatnya. Badan Naeun terdorong kebelakang . Bunyi hentakan badannya dapat didengari hanya di kawasan itu sahaja.

     Naeun sudah tidak berdaya. Hatinya ingin melawan , perasaannya berkocak menahan amarah. Tetapi badannya tidak berdaya menurut kehendak perasaannya. Sebuah sepakan hinggap dipehanya. Terdengar suara Naeun mengerang kesakitan.

     "Kau fikir kau boleh dapat dia ? Jangan harap !" suara seorang perempuan yang sedikit ganas itu menerpa di cuping telinga Naeun. Hilang segala sifat keperempaunan perempuan itu. 

     "Kau ... jangan cuba dekati dia lagi" perempuan itu berbisik tetapi digaraukan suaranya. Itulah kata terakhir yang diucapkan oleh perempuan yang bernama 'Hara' lalu meninggalkan Naeun dalam keadaan lemah tak bermaya.

     Mata Naeun menyoroti gerak langkah Hara. Keadaan kabur seketika. Lalu Naeun tidak menyedari apa yang berlaku.

******

     Joon meliarkan matanya ke sana dan sini . Mencari kelibat seseorang yang sangat dirisaukan. Kepalanya runsing memikirkan tentang kehilanhan Naeun. Naeuntidak masuk kelas hingga waktu keempat! Tidak pernah sebelum ini dia berbuat sebegitu.

     Eunjung sedang mencari Naeun di bilik-bilik kecil seperti perpuastakaan dan sebagainya manakala Joon pula menawarkan dirinya mencari di setiap blok. Kerja berat harus dilakukan oleh lelaki , detik hatinya. Lalu dia teringatkan kawan baiknya ; Junhyung.

     Ketika waktu sebeginilah dia menghilangkan diri. Tidak faham betul dia dengan perangai kawan baiknya itu. Tindakannya ada ketika menunjukkkan yang dia kasih akan Naeun tapi ada kalanya tidak. Dia tidak faham akan perasaan sebenar Junhyung.

     Sesungguhnya Joon menydari iu ketika melihat raut muka Junhyung ketika merenung Naeun dari jauh. Lain benar caranya dari cara dia merenung Hara. Sejenak fikirannya melayang ke arah Junhyung , tiba-tiba dia teringat bumbung sekolah . Ya ! Naeun kemungkinan ada di sana. Lalu kakinya melangkah seribu menuju ke bumbung sekolah.

******

      Naeun membuka mulutnya untuk menjamah bubur buatan Eunjung. Setelah dipaksa barulah dia aku jua. Joon pula sedang menonton televisyen sambil kakinya disilangkan diatas meja. Bagaikan bos lagaknya. Mentang-mentak mak aku tiada kat rumah , suka hati dia buat macam rumah sendiri, desis Naeun dalam hati.

     Tersenyum dia melihat Joon walaupun perutnya senak menahan sakit akibat tendangan Hana yang tepat di perutnya. Tidak cukup dengan itu , peha putih mulusnya pula menjadi mangsa sepakannya. Eunjung mengeluh seketika lalu menarik perhatian Naeun.

     "Siapa yang buat kau sampai jadi macam ni ?" tanya Eunjung lembut. Itu sudah kali keberapa dia bertanyakan soalan yang sama. Patutkah aku beritahu mereka ? Naeun takut jika Hana bertindak dengan lebih kasar daripada ini jika dia beritahu Eunjung.

     Melihat tiada respon daripada Naeun , Eunjung melepaskan keluhan. Pelik ! Siapa yang sanggup buat Naeun hingga jadi sebegini ? Seingatnya , Naeun tiada musuh di sekolah itu. Dia boleh dikatogarikan sebagai 'pelajar baru' walaupun sudah hampir 5 bulan dia bersekolah di situ.

     Di suatu sudut , Joon yang mendengar hanya mengeluh. Dia terfikir seseorang dalam fikirannya. Lantas , dia segera bangun lalu keluar dari rumah Naeun meninggalkan Eunjung dan Naeun terpinga-pinga.

******

i'm back !!! i'm back from hiatus . XD okay , aku jadi hiatus selama beberapa bulan . eh bulan ? betulke ? entah -.- tak pernah ku kira. aku sibuk siapkan oneshot baru , coming soon ~ please look forward for it ;)

March 14, 2012

Waiting For You | Chapter 6

Waiting For You






     Bunyi deringan telefon menyedarkan Naeun dari tangisan. Aku mengesat air mata. Junhyung ? Kenapa dia call aku?

          "Yoboseyo ?" 

          "Naeun-ah ! Jom out malam ni!" suara Junhyung kelihatan ceria. Naeun mengerutkan dahinya. Keluar? Apa gila ke mamat ni? Junhyung ke ni? Naeun melihat kembali nama panggilan di skrin telefon. Betullah Junhyung. 

          "K..ke ..keluar?" Asal aku gagap ni? 

          "Ye lah , aku cakap lain ke tadi?" keh , mamat ni memang dah gila ! Keluar ? Dengan aku ? Budak ni nak carik nahas ke? Kalau ye pun janganlah nak libatkan aku. 

          "Asal kau ajak aku?" 

          "Lah , salah ke aku ajak kau?" Memang lah salah bongok ! Bodoh lah mamat ni. 

          "Erm , awek kau?" Junhyung senyap. Kan... aku dah agak dah. 

          "Pukul 8 aku tunggu kau kau luar rumah . Lambat seminit je belanja aku! Haha , bye" Naeun membuntangkan matanya . Soalannya tadi tidak dijawab. Naeun melihat ke skrin telefonnya . Panggilan sudah dimatikan. Naeun mengeluh akhirnya. Dia tidak akan menang jika orangnya adalah Junhyung. 

******

          "Kita nak pergi mana ni?" Naeun dan Junhyung berjalan dalam kepekatan malam. Naeun memakai kot  dan seluar panjang memandangkan cuaca pada malam itu sedikit dingin. 

Junhyung mengenakan baju putih berlengan panjang yang mengikut bentuk bandannya dan 'skinny jeans' berwarna hitam berserta 'beret' berwarna hitam. (ignore spec tu. =;=')

          "Kau tunggu je . Kejap lagi kita sampai" Junhyung berkata lembut. Ceh , mamat ni. Manis betul mulut.

     Naeun tidak membalas. Suasana sepi di antara mereka. Naeun mula merasa tidak selesa dengan keadaan itu.

          "Kenapa senyap?" Junhyung bersuara . Dia sangat tidak selesa dengan keadaan sekarang ini. 

     Naeun menunduk. Entah kenapa dia menunduk. Automatik ! 

          "Tak tahu nak cakap apa" suara Naeun sedikit perlahan. Oh , kenapa dengan aku ni? Pelik lah. 

     Tiba-tiba Junhyung menarik Naeun ke dalam dakapannya. Naeun terkejut . Masa bagaikan berhenti seketika . Naeun tersedar dari lamunan. Ditolaknya badan Junhyung. Mereka berdua malu seketika.

          "K..Kau lah ! But..buta ke ?" Junhyung berkata gagap. 

          "Buta ? Apsal pula kau kata aku buta?" 

          "Ye..yelah ! Longkang depan tu pun kau tak nampak ke? Kalau aku tak tarik kau tadi , dah jatuh dah" Naeun terkejut. Junhyung selamatkan aku? Aku hampir mati ke tadi ? 

          "Gu ... gu .. gumawo..." Suara Naeun mendatar. Dia menunduk . Tidak berani mahu memandang Junhyung. Apatah lagi bertentang mata dengannya. 

     Junhyung memandang Naeun dengan pandangan yang sangat redup. Naeun ... diseru lemah nama tersebut dalam hatinya. 

******

          "Thanks for today ! I'm really enjoy ! " Naeun tersenyum lebar. Matanya bersinar menandakan dia sangat gembira malam itu. 

          "No biggy! Kalau nak pergi lagi boleh je." Junhyung megenyitkan matanya. Nakal ! Naeun ketawa. 

          "Jinjja ?! Betul kita boleh pergi lagi? Aaa , tak sabar nak pergi lagi" Naeun memandang langit sambil tersenyum. 

     Junhyung hanya ketawa kecil. Indahnya senyuman kau ... 

          "Okey lah. Dah malam ni. See ya ! " Naeun menunjukkan isyarat 'bye bye' kepada Junhyung. Dia menolak pagarnya. 

     Tiba - tiba , Junhyung menarik lengannya. Jarak mereka begitu dekat. Naeun terkejut. Jantungnya berdegup kencang. Sekali lagi , mereka terleka . Mata berlaga sesama sendiri. 

          "You're really enjoy today ?" Tanya Junhyung lembut. Suaranya sangat perlahan tapi boleh didengar jelas oleh Naeun. 

          Naeun mengangguk. Dia melepaskan pelukan Junhyung. Dia menunduk. Tiba - tiba Junhyung mengusap kepalanya. "Sleep well" kata Junhyung. Lalu dia terus berlalu. 

Junhyung's POV

     Kau tersenyum ... Ah , kalau lah kau tahu betapa gembiranya aku ketika itu. Kau ketawa... Ah , kalau lah kau tahu betapa indahnya perasaan aku ketika itu. Kau tersenyum dan ketawa sambil memandangku ... Ah , kalau lah kau tahu betapa bahagianya aku ketika itu. 

    Aku dan kau. Kita. Kita bagaikan kembali ke masa dahulu. Di mana kita bersama-sama menyelami perasaan gembira ang terbit di hati. Tiada apa yang dapat kita rasakan ketika itu ... melainkan hanya gembira. Kita tidak tahu apa-apa ketika itu. Hanyalah kegembiraan yang meliputi hidup kita. 

     Tapi kini ... kita kenal apa itu kehidupan , persahabatan dan ... cinta. Dan kau ... telah berubah. 


oh , oh , lamanya ku tak update XD. luls~ errr , sorry kalau korang tak paham pe yg aku maksodkan. aku buat tengah malam woo. keh. -_-'






March 8, 2012

Waiting For You | Chapter 5

Waiting For You








          “Haa, akhirnya jumpa jugak”kata Joon yang kepenatan.

     Junhyung memandang Naeun. Dia merasakan sesuatu pelik pada diri Naeun. Tapi dia tidak pasti.

          “Cikgu Choi dah masuk ke?”Eunjung bertanya. Matilah meraka jikalau Cikgu Choi dah masuk.

         “Belum lagi”Joon membalas. Riak lega jelas di muka Joon dan Eunjung tapi tidak Junhyung. Dia hanya memandang Naeun.

          “Kau pergi mana? Kau nak kena bedal ke?”Junhyung terus bertanya. Mukanya merah menahan marah.

          “Aku tau Cikgu Choi busy hari ni so aku jalan-jalan lah!”jawab Naeun. Padahal gelabah juga dia tadi jika Cikgu Choi sudah masuk.

     Junhyung seperti tidak berpuas hati dengan jawapan Naeun.

          “Weh Joon, jom beli air.Aku haus gila”Eunjung dan Joon melangkah ke kantin untuk membeli air. Naeun mahu sertai meraka tapi entah kenapa kakinya tidak mahu bergerak.

          “Weh kau kenapa?”Junhyung masih tidak puas hati.

          “Kenapa?”Naeun pelik. Apa yang tidak kena dengan dirinya. Ada yang pelik ke.

          “Mata kau”pendek jawapan Junhyung.
Mata? Lain sangat ke? Kenapa Eunjung dengan Joon tak perasan pun. Ke dia saja nak test aku ni?-Naeun berkata dalam hati.

          “Mata?”


          “Kau... nangis ke?”


          “Nangis? Bila masa pulak?”


          “Habis,asal mata kau macam tu?”
          
          “Macam tu ape?”


         “Err.. mata kau lain. Maybe perasaan aku je kot”


         “Haha,memang perasaan kau pun. Ah, weh kau tak haus ke? Jom beli air.” Naeun cuba mengelak.


******

          "Balik dengan aku hari ni nak?" Junhyung bertanya kepada Naeun yang sedang membaca buku di perpustakaan sekolah. Nada suaranya di perlahankan sedikit. 

           "Dengan kau ?" Apa kena dengan mamat ni? Tiba-tiba je. 

          "Yelah dengan aku. Ada orang lain cakap dengan kau ke?" 

          "Awek kau ?" Pelik. Selalu dengan awek dia. 

         "Dia ada aktiviti kelab hari ni. Balik lambat. Dia suruh aku jangan tunggu dia" Naeun mengangguk. Kenapa mesti ajak aku ?

          "Kalau dia tak suruh kau jangan tunggu dia , kau tetap tunggu dia?" Apsal mulut aku gatal sangat ni. Tiba-tiba terkeluar. 

     Junhyung mengangguk. Naeun tersenyum pahit. 

         "Woih , boleh tak ni?" 

     Naeun mengangguk. Kebetulan Eunjung juga ada aktiviti kelab petang nanti. 

******

Naeun's Room
Naeun's POV

*gambaran cara Naeun duduk. 

     Naeun berjalan lemah menuju ke biliknya . Beg sekolah yang berada di lengannya dilepaskan perlahan. Bagaikan orang tidak bermaya lagaknya. Dia terduduk di lantai. Dipeluk kakinya seerat yang boleh. Disembamkan mukenye di lututnya . 

     Kenapa kau baik sangat dengan aku? Kau layan aku macam aku kekasih kau. Kau bagi aku harapan. Tolong jangan layan aku macam tu lagi. 

    Ya ! Ya ! Aku suka kau layan aku macam tu. Kau buat aku gelak. Kau buat aku gembira. Aku lupa seketika siapa diri aku , siapa diri kau. Aku lupa segalanya. Kita macam kembali ke zaman kanak-kanak kita dahulu. Tapi sekarang lain , satu perasaan mengiringi aku ketika itu. 

     Aku mengalirkan air mata. Apa tujuan kau sebenarnya ? Apa ? Kau buat aku macam ni. Seksa aku tahu tak? Kau ... kau menyeksa perasaan aku. Tolong ... tolong jangan buat aku macam ni... 

Bunyi deringan telefon menyedarkan aku dari ... 

sakai gile ending yg nih. hahah keh , =.='