WAITING FOR YOU
Naeun berjalan menuju ke kelasnya dengan hati yang riang . Entah kenapa hari ni kakinya ringan sahaja melangkah menuju ke sekolah. Walhal 'sekolah' adalah tempat yang sangat dielakkan oleh pelajar sekolah masa kini.
Tiba sahaja di hadapan pintu kelasnya , dapat didengar kekecohan pelajar berbual dengan rakan masing-masing. Masa yang terluang tanpa guru digunakan sepenuhnya. Naeun hanya tersenyum melihat gelagat rakannya.
Dia meletakkan beg galasnya di atas meja lalu dibukan zip beg tersebut. Dikeluarkan sebuah komik dari beg tersebut. Masa terluang baik digunakan sepenuhnya, detik hati Naeun. Naeun mengeluarkan kotak pensilnya alau ditempatkan di bawah meja.
Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu di bawah meja tersebut . Kertas ! Tangannya membelek kertas tersebut. Hatinya tertanya-tanya. Pelbagai soalan menerpa mindanya.
Lalu dia membuka lipatan surat tersebut. Matanya bergerak mengikut setiap baris isi surat tersebut. Sekali-kali matanya dibulatkan , mukanya berkerut dan ada kalanya dia berhenti sebentar untuk berfikir lalu kembali menyambung bacaan . Perasaan takut dan ingin tahu menguasai dirinya.
******
Badan kecil milik Naeun ditolak sekuat-kuatnya. Badan Naeun terdorong kebelakang . Bunyi hentakan badannya dapat didengari hanya di kawasan itu sahaja.
Naeun sudah tidak berdaya. Hatinya ingin melawan , perasaannya berkocak menahan amarah. Tetapi badannya tidak berdaya menurut kehendak perasaannya. Sebuah sepakan hinggap dipehanya. Terdengar suara Naeun mengerang kesakitan.
"Kau fikir kau boleh dapat dia ? Jangan harap !" suara seorang perempuan yang sedikit ganas itu menerpa di cuping telinga Naeun. Hilang segala sifat keperempaunan perempuan itu.
"Kau ... jangan cuba dekati dia lagi" perempuan itu berbisik tetapi digaraukan suaranya. Itulah kata terakhir yang diucapkan oleh perempuan yang bernama 'Hara' lalu meninggalkan Naeun dalam keadaan lemah tak bermaya.
Mata Naeun menyoroti gerak langkah Hara. Keadaan kabur seketika. Lalu Naeun tidak menyedari apa yang berlaku.
******
Joon meliarkan matanya ke sana dan sini . Mencari kelibat seseorang yang sangat dirisaukan. Kepalanya runsing memikirkan tentang kehilanhan Naeun. Naeuntidak masuk kelas hingga waktu keempat! Tidak pernah sebelum ini dia berbuat sebegitu.
Eunjung sedang mencari Naeun di bilik-bilik kecil seperti perpuastakaan dan sebagainya manakala Joon pula menawarkan dirinya mencari di setiap blok. Kerja berat harus dilakukan oleh lelaki , detik hatinya. Lalu dia teringatkan kawan baiknya ; Junhyung.
Ketika waktu sebeginilah dia menghilangkan diri. Tidak faham betul dia dengan perangai kawan baiknya itu. Tindakannya ada ketika menunjukkkan yang dia kasih akan Naeun tapi ada kalanya tidak. Dia tidak faham akan perasaan sebenar Junhyung.
Sesungguhnya Joon menydari iu ketika melihat raut muka Junhyung ketika merenung Naeun dari jauh. Lain benar caranya dari cara dia merenung Hara. Sejenak fikirannya melayang ke arah Junhyung , tiba-tiba dia teringat bumbung sekolah . Ya ! Naeun kemungkinan ada di sana. Lalu kakinya melangkah seribu menuju ke bumbung sekolah.
******
Naeun membuka mulutnya untuk menjamah bubur buatan Eunjung. Setelah dipaksa barulah dia aku jua. Joon pula sedang menonton televisyen sambil kakinya disilangkan diatas meja. Bagaikan bos lagaknya. Mentang-mentak mak aku tiada kat rumah , suka hati dia buat macam rumah sendiri, desis Naeun dalam hati.
Tersenyum dia melihat Joon walaupun perutnya senak menahan sakit akibat tendangan Hana yang tepat di perutnya. Tidak cukup dengan itu , peha putih mulusnya pula menjadi mangsa sepakannya. Eunjung mengeluh seketika lalu menarik perhatian Naeun.
"Siapa yang buat kau sampai jadi macam ni ?" tanya Eunjung lembut. Itu sudah kali keberapa dia bertanyakan soalan yang sama. Patutkah aku beritahu mereka ? Naeun takut jika Hana bertindak dengan lebih kasar daripada ini jika dia beritahu Eunjung.
Melihat tiada respon daripada Naeun , Eunjung melepaskan keluhan. Pelik ! Siapa yang sanggup buat Naeun hingga jadi sebegini ? Seingatnya , Naeun tiada musuh di sekolah itu. Dia boleh dikatogarikan sebagai 'pelajar baru' walaupun sudah hampir 5 bulan dia bersekolah di situ.
Di suatu sudut , Joon yang mendengar hanya mengeluh. Dia terfikir seseorang dalam fikirannya. Lantas , dia segera bangun lalu keluar dari rumah Naeun meninggalkan Eunjung dan Naeun terpinga-pinga.
******
i'm back !!! i'm back from hiatus . XD okay , aku jadi hiatus selama beberapa bulan . eh bulan ? betulke ? entah -.- tak pernah ku kira. aku sibuk siapkan oneshot baru , coming soon ~ please look forward for it ;)
1 comment:
~sambung~
Post a Comment