Bunyi deringan telefon menyedarkan Naeun dari tangisan. Aku mengesat air mata. Junhyung ? Kenapa dia call aku?
"Yoboseyo ?"
"Naeun-ah ! Jom out malam ni!" suara Junhyung kelihatan ceria. Naeun mengerutkan dahinya. Keluar? Apa gila ke mamat ni? Junhyung ke ni? Naeun melihat kembali nama panggilan di skrin telefon. Betullah Junhyung.
"K..ke ..keluar?" Asal aku gagap ni?
"Ye lah , aku cakap lain ke tadi?" keh , mamat ni memang dah gila ! Keluar ? Dengan aku ? Budak ni nak carik nahas ke? Kalau ye pun janganlah nak libatkan aku.
"Asal kau ajak aku?"
"Lah , salah ke aku ajak kau?" Memang lah salah bongok ! Bodoh lah mamat ni.
"Erm , awek kau?" Junhyung senyap. Kan... aku dah agak dah.
"Pukul 8 aku tunggu kau kau luar rumah . Lambat seminit je belanja aku! Haha , bye" Naeun membuntangkan matanya . Soalannya tadi tidak dijawab. Naeun melihat ke skrin telefonnya . Panggilan sudah dimatikan. Naeun mengeluh akhirnya. Dia tidak akan menang jika orangnya adalah Junhyung.
******
"Kita nak pergi mana ni?" Naeun dan Junhyung berjalan dalam kepekatan malam. Naeun memakai kot dan seluar panjang memandangkan cuaca pada malam itu sedikit dingin.
"Kau tunggu je . Kejap lagi kita sampai" Junhyung berkata lembut. Ceh , mamat ni. Manis betul mulut.
Naeun tidak membalas. Suasana sepi di antara mereka. Naeun mula merasa tidak selesa dengan keadaan itu.
"Kenapa senyap?" Junhyung bersuara . Dia sangat tidak selesa dengan keadaan sekarang ini.
Naeun menunduk. Entah kenapa dia menunduk. Automatik !
"Tak tahu nak cakap apa" suara Naeun sedikit perlahan. Oh , kenapa dengan aku ni? Pelik lah.
Tiba-tiba Junhyung menarik Naeun ke dalam dakapannya. Naeun terkejut . Masa bagaikan berhenti seketika . Naeun tersedar dari lamunan. Ditolaknya badan Junhyung. Mereka berdua malu seketika.
"K..Kau lah ! But..buta ke ?" Junhyung berkata gagap.
"Buta ? Apsal pula kau kata aku buta?"
"Ye..yelah ! Longkang depan tu pun kau tak nampak ke? Kalau aku tak tarik kau tadi , dah jatuh dah" Naeun terkejut. Junhyung selamatkan aku? Aku hampir mati ke tadi ?
"Gu ... gu .. gumawo..." Suara Naeun mendatar. Dia menunduk . Tidak berani mahu memandang Junhyung. Apatah lagi bertentang mata dengannya.
Junhyung memandang Naeun dengan pandangan yang sangat redup. Naeun ... diseru lemah nama tersebut dalam hatinya.
******
"Thanks for today ! I'm really enjoy ! " Naeun tersenyum lebar. Matanya bersinar menandakan dia sangat gembira malam itu.
"No biggy! Kalau nak pergi lagi boleh je." Junhyung megenyitkan matanya. Nakal ! Naeun ketawa.
"Jinjja ?! Betul kita boleh pergi lagi? Aaa , tak sabar nak pergi lagi" Naeun memandang langit sambil tersenyum.
Junhyung hanya ketawa kecil. Indahnya senyuman kau ...
"Okey lah. Dah malam ni. See ya ! " Naeun menunjukkan isyarat 'bye bye' kepada Junhyung. Dia menolak pagarnya.
Tiba - tiba , Junhyung menarik lengannya. Jarak mereka begitu dekat. Naeun terkejut. Jantungnya berdegup kencang. Sekali lagi , mereka terleka . Mata berlaga sesama sendiri.
"You're really enjoy today ?" Tanya Junhyung lembut. Suaranya sangat perlahan tapi boleh didengar jelas oleh Naeun.
Naeun mengangguk. Dia melepaskan pelukan Junhyung. Dia menunduk. Tiba - tiba Junhyung mengusap kepalanya. "Sleep well" kata Junhyung. Lalu dia terus berlalu.
Junhyung's POV
Kau tersenyum ... Ah , kalau lah kau tahu betapa gembiranya aku ketika itu. Kau ketawa... Ah , kalau lah kau tahu betapa indahnya perasaan aku ketika itu. Kau tersenyum dan ketawa sambil memandangku ... Ah , kalau lah kau tahu betapa bahagianya aku ketika itu.
Aku dan kau. Kita. Kita bagaikan kembali ke masa dahulu. Di mana kita bersama-sama menyelami perasaan gembira ang terbit di hati. Tiada apa yang dapat kita rasakan ketika itu ... melainkan hanya gembira. Kita tidak tahu apa-apa ketika itu. Hanyalah kegembiraan yang meliputi hidup kita.
Tapi kini ... kita kenal apa itu kehidupan , persahabatan dan ... cinta. Dan kau ... telah berubah.
oh , oh , lamanya ku tak update XD. luls~ errr , sorry kalau korang tak paham pe yg aku maksodkan. aku buat tengah malam woo. keh. -_-'
2 comments:
junhyung oppa ada perasaan kat naeun? ommo! update~ sambung~
myungsoo oppa tak ada k? sob sob T.T
Post a Comment