July 21, 2012

Waiting For You | Chapter 13


Chapter 13

     Naeun tergamam. Kakinya yang gah berdiri di muka bumi tidak lagi dirasa. Matanya tertancap pada dua orang perempuan yang sedang sakan membeli-belah. Sesekali terserlah kemesraan mereka diisi dengan gelak tawa. 

     "Naeun ?" kedengaran namanya dipanggil dari corong telefon. Telefon bimbit yang tadinya ditekapkan di telefon terus dipandang penuh sayu. Apa aku buat ni ? Aku tak layak untuk dia ! Jarinya terus menekan punat yang berwarna merah.

     Mulutnya diketap. Telefon bimbit yang erat dipegang dipandang sayu lantas membawanya ke dalam dakapan. Naeun mengeluh. 

     "Hey Naeun!" Naeun menoleh ke arah empunya suara apabila terdengar namanya dipanggil. Oh Eunjung ! Ah , kesian Eunjung . Kenapa aku boleh leka ?

     "Sorry " kata Naeun sambil menunduk.

     "Kau ni lambat sangatlah ! Nah" kata Eunjung sambil menghulurkan sebuah plastik yang berisi buku. Naeun menyambut lalu menjengukkan kepala melihat isinya. Buku comel dengan ... oh... buku tu. Naeun berkata dalam hati.

     "Mana kau tahu aku nak beli buku ni?" kata Naeun sambil mengeluarkan buku "Bestfriends to Lovers". 

     "Aku nampak kau pegang buku tadi, aku tengok macam best je" Naeun meletakkan kembali buku tersebut ke dalam plastik. Eunjung memahami mengapa Naeun meletak kembali buku tersebut tetapi dia hanya mendiamkan diri.

     "Oh berapa semuanya ?" kata Naeun sambil mencari dompetnya di dalam beg tangannya. 

     "Aku belanja lah. Dah lama tak belanja kau" kata Eunjung sambil ketawa.

     "Ye ke ? Sayang kau ! " kata Naeun kegembiraan.

     "Pfft menyampah" kata Eunjung. Naeun hanya tersenyum.

******

Junhyung's POV

     Aku memandang skrin telefon sambil mengerutkan dahi. Eh kenapa ? Naeun macam nak cakap sesuatu tadi. Ah , call balik lah.

     Aku mencari contact nama Naeun. Terletak di atas sekali kerana Naeunlah orang yang paling banyak kali dihubungi o. Siap ada simbol love lagi . HAHA kalau Naeun tahu ni habis aku. 

     Laju sahaja tanganku menekan punta berwarna hijau. Bunyi 'trut trut' yang hinggap di pendengaran menambahkan denyutan jantungku. Cepatlah jawab ! 

     "Ah ..." Aku mengeluh sebaik sahaja mendengar suara perempuan yang langsung tidak diingini. Lalu ditekan butang merah sebatai tanda menematkan panggilan.

    Aku meletakkan lenganku diatas dahi. Ah , aku rindu dia. Dia tak suka ke aku cakap aku rindu dia ? Tapi tadi dia macam nak cakap sesuatu. Fikiranku mengimbas kembali perbualan kami sebentar tadi. Lalu aku ketawa sendiri.

     Aku bercadang mahu mengantar pesanan suara kepada Naeun.

     "Naeun- ah ... kenapa tiba-tiba je matikan call tadi ? Something wrong ? Aku risau lah . IMY." Nafasku dihela seketika.

     Kedengaran deringan telefon bimbitku menyapa telinga. Pantas sahaja ku capai. Sudah terlayar wajah Naeun difikiran. Dilihat nama panggilan di skrin telefon , terus sahaja aku mengeluh. 

     "Junnie -yaaa~~" Kedengara suara Hara menjamah pendengaranku . Sengaja suaranya dilenggokkan. Menyampah. Nak apa lagi ahli sihir ni. Sejak bila pulak kau panggil aku 'Junnie' ni. 

     "Hurmm..." jawabku ala kadar sejurus menampakkan kemalasanku untuk melayannya.

     "Junnie ya , awak tengah buat apa" 

     "Nothing"

     "Oh , tak bosan ke ?" Aku lagi bosan dengar suara kau . Getus ku dalam hati.

     "Tak." Jawabku pendek.

     "Ok , nak kirim apa-apa ? Sementara saya dengan Aunty kat shopping mall ni." Tanya Hara. Fikiranku melayang memikirkan apa yang aku perlukan. Mungkin aku boleh kirim. Oh ya , minyak wangi aku dah habis.

     "Err ... belikan minyak wangi. Yang biasa saya pakai. Tu je kot" 

     "Okay . Take care." Aku hanya mengangguk. Ah macam lah dia nampak.

******

Naeun's POV

     Aku memerhatikan lagak Hara yang sedang tersenyum sendiri bercakap di telefon. Aku tahu itu Junhyung. Mungkin dia dah nampak aku kat sini. Junnie ? Ah , sapa lagi kalau bukan Junhyung ! Mungkin dia mahu cemburukan aku.

     Terselit perasaan cemburu melihat Hara yang tersenyum sendiri. Apa yang mereka bualkan sampai Hara suka sangat tu ? Junhyung .... sampai hati kau . 

     Hara kulihat sudah memeatikan telefon lalu menghayun langkah menuju ke sebuah kedai minyak wangi tidak ku tahu menahu nama kedainya. Ah lantak , jenuh aku nak sebut. 

     Entah kenapa laju sahaja kakiku melangkah menghampiri kedai tersebut lalu ku melangkah masuk. Mujur tidak disedari oleh Hara.

     "Aunty , ni kan perfume yang Junhyung pakai ?" tanya Hara . Untuk medapatkan kepastian mungkin. Aku tak tahu pun.

     Entah kenapa aku jadi makin menyampah melihat perlakuan Hara bersama ibu Junhyung. Terkinja sana dan sini. Menyampah pulak. 

    Aku melangkah laju meninggalkan kedai tersebut. Senak perut juga duduk lama-lama dalam kedai tu. Kuat betul bau perfume nya.

     Ah Eunjung ! Lupa pula aku , mesti dia tunggu aku lama gila tadi. Ah , leka pula aku. Bilalah penyakit leka aku ni nak hilang. 

******

     "Kau pergi mana ! " terjah Eunjung sebaik sahaja Naeun tiba dihadapnnya. Naeun dilihat sudah cuak melihat muka Eunjung yang sudah sedia melontarkan bom berpadu kepadanya.

     "Aku... aku ... aku nampak Hara tadi ..." kata Naeun perlahan. Eunjung terkejut. Hara ? 

     "Kat mana ? Dia dengan siapa ? Junhyung ?" laju sahaja Eunjung bertanya. 

     "Dia dengan mak dia ..." kata Naeun perlahan. Ah , kenapa aku lemah semangat ni .

     Eunjung hanya memandang Hara penuh kasihan. 

     "Ala , kau ni. Ibu dia je kan . Bukannya Junhyung" kaa Eunjung cuba untuk menyedapkan hatinya.

     "Ye laa , tapi tadi dia call Junhyung. Bukan ke diorang dah clash ? Kenapa nak contact lagi ?" Naeun meluahkan rasa tidak puas hatinya.

    Eunjung sudah tersenyum simpul.

    "Kau ceburu ea?" Muncung mulut milik Naeun mati sebaik sahaja Eunjung berkata begitu. 

     Naeun hanya mengangguk.

Aku tengah rajin nak update ni tapi tapi eh eh , okay aku tahu cita ni bosan. aku pun dah rasa cerita ni melalut. Selamat berpuasa semua ~~

1 comment:

Unknown said...

hoho :P i likee :DD