Chapter 11
Naeun berdiri kaku . Fikirannya melayang. Dirinya berada di atas bumbung sekolah tetapi dirinya tidak berada di situ. Satu keluhan dilepaskan berat. Sungguh , beban yang dirasakan kini begitu berat. Terasan bahunya kini menganggung beban yang sangat berat.
Dia teringat pengakuaan Junhyung tentang perasaanya. Kenapa begitu cepat dia berubah hati ? Sedangkan dia baru sahaja putus dengan bekas kekasihnya; Hara.
Naeun teringat perbualannya dengan Hara.
Tubuh Hara yang kecil molek itu terduduk lemah di hadapan Naeun. Lututnya bagakan tidak bisa menampung dirinya yang kian lemah. Setitis air mata menemani dirinya lalu setitis demi setitis mengalir.
"Naeun..." kata Hara lemah. Esakannya semakin menjadi-jadi. Naeun panik. Kakinya ingin bergerak tetapi terasa begitu berat untuk digerakkan. Lantas tangannya memegang bahu Hara lalu diusap perlahan.
"Aku dengan Junhyung dah tak ada apa-apa" bicara Hara perlahan
Naeun tergamam. Mukanya jelas menunjukkan yang dia sangat terkejut. Sungguh dia tidak tahu mengenainya langsung.
"Aku tak boleh hidup tanpa dia , Naeun ..." tutur Hara. Bahunya terenjut-enjut menahan esak.
Naeun bungkam di sisi Hara. Segera dia mengusir gamamnya lalu tangannya mengusap bahu Hara supaya Hara lebih tenang.
Naeun mengeluh. Aku cintakan Junhyung ! Tapi ,tak mungkin aku akan kecewakan Hara dengan memberi jawapan kepada Junhyung yang aku cintakan dia. Naeun sedar begitu lemah Hara apabila dia sudah tidak ada hubungan dengan Junhyung apatah lagi jika Naeun berpacaran dengan Junhyung. Pasti lebih teruk.
Naeun mengusap mukanya. Apa patut aku lakukan ?
******
Hara mengeluarkan telefonnya mendail seseorang. Sudah lebih sepuluh minit dia berdiri di hadapan pagar antik itu namun tiada siapa yang membukanya.
Setelah panggilannya dijawab , keluar seorang wanita yang sudah berumur tapi masih lagi cantik dah bergaya lagaknya.
"Eh Hara , sorrylah aunty tak perasan pun Hara dah sampai . Aunty sibuk masak kat dapur tadi" kedengaran suara puan Yong yang sedang membuka pintu pagar antik miliknya.
"Tak pe aunty , bukannya lama pun. Saya tekan loceng banyak kali takkan aunty tak dengar kot?" tanya Hara.
"Tulah , aunty tak dengar apa-apa. Ada problem kot loceng tu. Jom lah kita masuk. Aunty dah masak untuk Hara dah . Favorite Hara lagi"
"Susahkan aunty je. Kenapa aunty suruh saya datang?" tanya Hara ketika dia sedang melabuhkan punggung di meja makan. Dia takut jika Puan Yong sudah mengetahui tentang dia dan Junhyung.
"Tak ada apa. Saja je. Lagipun Hara dah lama tak jenguk aunty kat rumah ni. Asyik dengan Junhyung je" kata-kata Puan Yong melegakan Hara. Ah , aunty belum tahu lagi rupanya. Junhyung belum beritahu dia lah ni.
Hara hanya tersenyum mendengar kata-kata Puan Yong.
"Eh Junnnie ! Mari makan." Hara terkejut. Suapan yang hampir masuk ke mulutnya automatik terhenti. Junhyung ada kat rumah ?
Junhyung tergamam. Hara ? Apa dia buat kat sini. Automatik dia mengeluh. Keluhan itu didengari oleh Hara. Junhyung menarik kerusi disebelah ibunya.
Puan Yong pelik. Eh , kenapa tak duduk sebelah Hara? Dipandang kerusi kosong diseblah Hara. Dia lantas mengusir prasangka yang berlayar di fikirannya.
"Hara ... nanti lepas makan , teman aunty shopping ya ? Dah lama tak keluar dengan Hara. Asyik dengan Junhyung je" kata Puan Yong.
Junhyung tersedak. Mujur tidak disedari oleh ibunya. Hara hanya tersenyum sambil mengangguk.
"Omma nak ambil telefon kat bilik jap" kata Puan Yong lalu meninggalkan Hara dan Junhyung berdua-duaan.
Suasana sunyi seketika. Junhyung berasa sungguh tidak selesa. Lalu dikeluarkan telefon bimbitnya. Terlayar wajah Naeun di screen telefonnya. Junhyung tersenyum sendiri.
"Awak ... tak beritahu aunty ?" kata Hara memecah kesunyian.
Junhyung hanya menggeleng sambil matanya ligat memandang screen telefonnya.
Hara mengeluh. Junhyung sedar Hara mengeluh seraya dia berkata "Bila waktunya dah tiba saya beritahu"
Hara memandang Junhyung. Tidak berpuas hati.
"Kenapa tiba-tiba je ? Kenapa ? Tak ke susah kalau aunty dah tahu?" tanya Hara. Sungguh dia masih tidak boleh terima.
"Mom should have understand their son" kata Junhyung mengundang amarah Hara. Dia ingin membalas tetapi kemunculan Puan Yong membantutkannya.
"Kita pergi pukul berapa aunty ?" tanya Hara mengusir kegusaran yang kemungkinan Puan Yong mendengar perbualannya dengan Junhyung sebentar tadi.
"Lepas makan kita terus pergilah. Junnie , tinggal rumah.Tak payah nak menyelit" kata-kata Puan Yong membuatkan Junhyung mencebik.
"Eleh , tak nak ikut pun" kata Junhyung lalau menyimpan telefonnya. Takut jika ibunya perasan gambar Naeun.
wey , betulke Puan Yong lol ~.~ mampus ah . TYPO ITU COMEL aku nak cepat ni k bai o/
1 comment:
naeun~ naeun~ naeun~
Post a Comment