February 9, 2012

Waiting For You | Chapter 1


Waiting For You










sorry kalau tak best. LOL. den malas nk wat sinopsis XD

     “Saya pergi dulu!,”kata Naeun. Dia mencapai sekeping roti dan menhirup sedikit air bagi mengalas perut. Tergesa-gesa dia memakai kasut. “Eh,ni tertinggal,”kata ibu Naeun. “Thanks mama,”kata Naeun. Dicium pipi ibunya. “Baik-baik  jalan,”pesan ibunya. “Okay,”kata Naeun antara dengar atau tidak.

Di kelas baru Naeun...
     “Hari ini kita ada seorang pelajar baru yang baru berpindah ke sini. Dahulu dia tinggal di luar negara mengikut keluarganya,”Kata guru kelas Naeun. Naeun memperkenalkan diri. “Annyeonghaseyo Naeun imnida,”Naeun tunduk hormat. Guru kelas Naeun menyuruh Naeun duduk di sebuah meja kosong disebelah seorang pelajar perempuan. “Annyeonghaseyo Eunjung imnida,”sapa Eunjung mesra. Dia tersenyum manis memandang Naeun. “Annyeonghaseyo,”balas Naeun sambil tersenyum mesra.

Ketika rehat ...
     “Jom rehat dengan saya. Saya boleh tolong perkenalkan sekolah ini kepada awak,”kata Eunjung selepas guru keluar dari kelas. “Jom , hehe, terima kasih sangat-sangat,” jawab Naeun. Dia sungguh gembira mendapat seorang kawan yang sebaik Eunjung ketika hari pertama di sekolah baru. Sepanjang perjalanan ke kantin, mereka berbual dengan sungguh mesra. Seperti sudah lama kenal. “Awak nak makan apa? Saya tolong belikan,”kata Eunjung prihatin selepas tiba di kantin. “Eh tak apa lah. Saya boleh beli sendiri,”Naeun tolak perlawaan Eunjung dengan sopan. Dia tak mahu menyakiti hati Eunjung dan juga menyusahkan Eunjung. Eunjung mengangguk tidak membantah.

Tidak lama sebelum itu...
     “Hari ini kita ada seorang pelajar baru yang baru berpindah ke sini. Dahulu dia tinggal di luar negara mengikut keluarganya,”Kata-kata itu kedengaran antara dengat atau tidak di telinga Junhyung. “Annyeonghaseyo Naeun imnida,” Dia mendengar suara seorang perempuan. Seperti pernah didengar nama itu. Lalu Junhyung mengangkat mukanya yang masih lagi mamai. Junhyung terkesima melihat perempuan yang berdiri di hadapan kelasnya. Hilang terus rasa mengantuknya. Tidak berkelip dia memandang perempuan itu. “Hoi ! Dah sampai mana? London?,”Junhyung terkejut dengan sergahan Joon,kawan baiknya. “Hisy kau ni, buat terkejut aku je,” rungut  Junhyung.

     Dia sebenarnya sedang memrhatikan Naeun yang sedang berjalan-jalan di sekitar sekolah bersama Eunjung. “Syok kau tengok budak baru tu? ,”Perasan juga Joon yang Junhyung sedang memerhatikan Naeun. “Bila masa pulak? Hisy, kau ni. Mana ada,”Nafi Junhyung. “Tak yah tipu laa weh, aku dah kenal kau lama dah. Ni, lagi satu tu nak letak mana?,”balas Joon. “Aku pandang je weh,”kata Junhyung. “So... anything interesting?,”kata Joon. Dia sudah masak dengan perangai Junhyung. 

     Junhyung tersenyum. Mengalah juga akhirnya. “Aku kenal dia,” kata Junhyung. “Kenal dia? Ha. Ha. Aku pown kenal dia weh. Nama dia Naeun. Weh , kasi detail laa sikit,”sindir Joon. “Aku tak habis cakap lagi kau dah menyampuk,”kata Junhyung. Joon hanya tersengih. “Aku kenal dia. Rapat dengan dia sejak kecil lagi. Tapi start menegah rendah kami dah tak rapat. Kadang-kadang dalam sebulan tu sekali pun kitorang tak pernah bercakap even berbual. Hubungan kami jadi dingin,”Joon bertanya. 

     “Kenapa?,” Junhyung menarik nafas dalam. “Time tu kitorang lain-lain kelas. Kitorang pernah kena gosip. Serius weh aku rimas gila kene gosip. Sampai satu hari aku cakap kat dia ‘jangan dekat ngan aku lagi. Jangan cakap ngan aku lagi. Don’t ever show your face infront of me !’ . Dia betul-betul buat. Lepas je aku cakap kat dia , dia terkedu. Lepas tu terus jadi dingin,”kata Junhyung. Joon hanya mengangguk. Junhyung menambah.

     “Dua bulan lepas tu , aku dah tak terserempak dengan dia. Aku buat tak endah je lah. Lepas dua minggu tak terserempak, aku dah mula pelik. Kalau sakit pun takkan sampai dua minggu? Aku malas nak tanya orang. Pastu kawan aku cakap dia pindah. Aku tersentak gila.,”Junhyung mengakhiri ceritanya. So, salah kau lah?,”kata Joon. Junhyung tidak membalas. Hatinya bagaikan disiat-siat saat melihat Naeun berada di hadapan kelas tadi. Air matanya hampir bertakung. Mujur dia dapat mengawal perasaan. 

     “Hurm, awek kau tanya aku tadi asal kau tak turun rehat.,”kata Joon. Hara, kekasih Junhyung. Mereka adalah pasangan TOP di sekolahnya. Bagaikan pinang dibelah dua. Amat sesuai. Hara boleh buat sesiapa tertarik . Tidak ketinggalan Junhyung. “Aku tak da mood nak makan hari ni,”balas Junhyung. “Hurm , dia suruh kau tunggu dia kat pagar sekolah balik nanti,”kata Joon. Selepas itu kedengaran bunyi loceng tamat waktu rehat. Junhyung duduk di tempatnya.

Waktu pulang sekolah...
     “Rumah awak dekat je dengan saya kan? Kita satu kawasan,”tanya Eunjung setelah loceng berbunyi menandakan tamat waktu persekolah pada hari itu. Naeun mendongak memandang Eunjung sambil tangannya ligat mengemas barang-barang yang berselerak di atas meja. “Yup,tapi hari ini saya balik lambat sikit lah. Nak jumpa cikgu kejap,”kata Naeun. “Tak pe, saya tunggu awak,”kata Eunjung. Naeun tersenyum. “Thanks cinguya,”kata Naeun riang.

Di pagar sekolah...
     “Heyp!,”terkejut Junhyung dengan sergahan itu. Dia menoleh ke arah puncanya. “Hisy,awak ni,”kata Junhyung sebaik sahaja terpandang wajah kekasihnya,Hara. “Hahaha,jauh mengelamun. Ingat kat saya ke?,”balas Hara bersahaja. Junhyung merengus. “Minta maaf takde terus cakap macam itu pulak,”kata Junhyung. “Hahaha,okay. Mianhamnida...,”kata Hara lalu tunduk hormat. Lagatnya sedikit memerli Junhyung. Tawanya ditahan. Junhyung tertawa melihat telatah Hara. Sungguh mesra lagatnya.

       Naeun dan Eunjung berjalan seiringan menuju ke pagar sekolah. Eunjung bercerita itu dan ini tentang sekolahnya. Naeun mendengar. Sesekali diselikan dengan gelak ketawa. Tidak jauh dari mereka, terdapat sepasang kekasih  juga sedang ketawa riang. Lagat mereka sungguh mesra. Entah kenapa, secara automatik kepala Naeun menoleh memandang mereka . Bagaikan ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Sebaik sahaja terpandang sepasang kekasih itu,Naeun tersentak melihat lelaki tersebut. Seketika dia berasa dia di alam maya. Dalam lamunan. “Hey Naeun,”panggilan Eunjung dibiarkan dibawa angin. “Naeun!,”kali ini sedikit kuat. Naeun tersentak. Segera dia menoleh ke arah Eunjung. “Huh? Ah nae,”balas Eunjung. “Dah la, jom,”kata Eunjung. Naeun menurut.

     Dia perasan aku ke tadi? Hisy,betul ke tu dia. Hisyhh! Naeun berkata dalam hati.  “Awak pandang siapa tadi? Penat saya berhujah tau? Haha,”tanya Eunjung memecah lamunan Naeun. Mujur telinganya dapat menangkap pertanyaan Eunjung. “Hah? Takde apa lah. Mana ada saya pandang sesiapa,”nafi Naeun. “Hahaha, hensem kan mamat tadi tu?,”kata Eunjung. Dia tahu Naeun cuba berdalih. Naeun tidak membalas.

          “Tak hairan lah kalau awak suka dia pun. He’s just like a prince in this school. Well, ramai perempuan gilakan dia. No wonder lah kalau awak pun tertarik,”

          “Nama dia siapa?,”

          “Yong Jun Hyung. Perempuan tadi tu awek dia. Nama dia Goo Hara. Pasangan paling top kat sekolah ni. Haha , Hara just like a puteri kayangan kat sekolah ni. Hah, eloklah tu. Seorang Prince, seorang Princess. Sesuai kan?”

         “Hurm,, awak? Awak tak tertarik kat laki tu?,”

          “Apa punya soalan tu? Hurm, yes actually but since he already have his princess ... kempunan jugak lah saya,”

So betullah tu Junhyung. Argh !!! Apsal aku satu sekolah ngan dia!!! Huh! Better than satu kelas. Harap-harap dia tak perasan aku tadi.-Naeun berkata dalam hati

          “So do you?,”

          “Huh?,”

          “Soalan saya tak detail eh?,”

          “Tak,”

          “I mean, do you have someone???,”

          “Apa punya soalan pula ni? Haha, saya reti minat je. Jamu mata~hee,”

         “haha, ye laa tu,”

          “ye.. back to the point. Kita ni dikira budak beruntung kat sekolah tu,”

          “Kenapa pulak,”

          “Ye laa, kan budak tadi tu satu kelas ngan kita,”

Hah?! Jinjjayo?! Aaaa!! Eotokkhae?!! Aaaaa!!!-Naeun menjerit dalam hati. Namun, disembunyikan rasa terkejutnya. Dia tidak mahu Eunjung mengesyakinya.

          “Tak perasan pulak,”

Mereka berbual hingga tiba di lorong yang memisahkan rumah mereka. Bertukar-tukar nombor telefon. Eunjung dan Naeun nampak gembira. Hakikatnya hati Naeun resah.





3 comments:

hara said...

ahhhaa~~~ sambung XDD~
naeun dgn joker memang sesuai -__-

Miss Oat 익명 said...

aigo~ best best *thumbs up*

PiNk#CoFFee said...

Ili best..I like..tpi asal bnyk sgt chapternye..kau buat smpai cucu cicit ke??