July 15, 2012

Waiting For You | Chapter 12


Chapter 12

     "Aunty , saya tunggu dalam kereta ya" kata Hara sambil memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya lalu segera berlalu ke luar halaman rumah. 

     "Aunty nak salin baju kejap" Kedengaran suara Puan Yong sayup-sayup. Hara hanya mengangguk. 

     Satu keluhan dilepaskan di dalam kereta milik Puan Yong. Rambutnya yang lebut lurus itu diraup kebelakang. Matanya dipejamkan. Perit. Peritnya sungguh dalam dirasakan ketika berpura-pura senyum dihadapan Puan Yong. 

     Pedih yang bertapa dihati masih belum pulih. Dia masih tidak boleh terima dia sudah tiada apa-apa dengan Junhyung. 

     "Sorry lah lambat pulak Aunty siap" Terkejut Hara terdengar pintu kereta. Mujur air mata yang bergenang tidak mengalir. 

     Hara hanya mengangguk sambil menarik nafas sedalam yang mungkin. Sedaya upaya dia menutup kesedihan yang melanda.

*****

Di kedai buku.

     "Eunjung , aku pergi dekat bahagian novel kejap" kata Naeun sambil kakinya melangkah menuju ke ruangan novel. Eunjung hanya mengangguk sambil matanya ligat membaca isi kandungan buku yang dipegang sejak tadi.

     Kakinya melangkah laju menuju ke ruangan novel yang terletak agak jauh dari tempah dia dan Eunjung berada sebentar tadi. Alah , exercise sikit. Detik Naeun

     Setibanya dia di ruangan novel , matanya bersinar menunjukkan betapa terujanya dia. Tersenyum cuma apabila melihat pelbagai novel yang terpampang kemas di hadapan mata. 

     Tangan moleknya mencapai sebuah buku yang berjaya menarik perhatiannya. DIlihat muka depoan buku tersebut yang dihias kemas dan sangat comel. Sememangnya Naeun mudah tertarik dengan beda-benda yang comel.

     Dia beralih pula kepada sinopsis yang biasanya terletak dibelakang sesebuah buku. Sinopsisnya ditulis dengan tulisan yang comel berangkai. Sesuai dengan ceritanya yang bergenre comel. Eh ? Genre comel ? Hati Naeun terdetik sendiri.

     Tap ! Naeun menutup buku itu sambil mengetap bibirnya. Tak sabarnya nak baca ! Naeun melompat kegembiraan didalam hatinya. Dia berlih pula ke rak-rak lain. Dia mencari sesuatu yang bergenre sedih. Lju kakinya mengahyun langkah sambil memeluk erat buku yang berjaya menarik perhatiannya tadi.

     Mulutnya dimuncungkan sambil matanya tercari-cari buku yang boleh menarik perhatiannya. Dia ternampak sebuah buku yang berkulit hitam-biru. Nampak macam sedih. Detik Naeun. Segera dicapai buku itu lalu dibelek.

     Bestfriends to Lovers . Bibirnya menutur perlahan tajuk buku tersebut. Termangu-mangu dia memandang buku tersebut. Dunianya bagaikan berhenti seketika.

     "Excuse me ?" Kedengaran suara seorang perempuan yang berusia lebih kurang dalam lingkungan 16 tahun. Naeun telah mengahalang laluannya. Segera Naeun berlalu dari tempat dia berdiri. Tingginya budak tu. Aku yang lagi tua ni pun nampak macam muda dari dia. Naeun berkata sendiri.

     Pandangannya jatuh kembali ke buku yang berwarna hitam-biru tersebut. Diletak kembali buku tersebut. Sempat lagi dia mengeluh. Tadinya dia mengelamun teringatkan Junhyung. 

     Kenapa baru sekarang dia cakap dia suka aku ? Kenapa tak dulu ? Ah , dah terlambat. Tak mungkin aku akan kecewakan Hara.

     "Carilah kebahagiaan, tapi jangan cari kebahagiaan yang akan memusnahkan kebahagiaan orang lain" fikirannya teringat nasihat ibu kesayangannya yang berada di Jepun. Naeun mengemam bibirnya. What should  I do ? 

     "Naeun !" Naeun menoleh apabila terdenar namanya dipanggil. Oh , Eunjung. Hampir terlupa dibuatnya. 

     "Aku cari kau tadi , kau kat mana ? Penat tau tak aku cari kau. Kedai buku ni bukannya kecik" bebel Eunjung yang sudah kepenatan. Mungkin dia mencari Naeun hingga ke tingkat 2 barangkali.

     "Kan aku dah cakap aku nak pergi bahagian novel" balas Naeun.

     "Kau ingat bahagian novel tu satu je ke ?" perli Eunjung pula. Naeun mengalah. Makin dibalas alamatnya disitu jugalah akan muncul perperangan.

     Eunjung sedar akan raut muka Naeun yang sedikit lain. Takkanlah terasa aku marah dia kot ? Selalu dia tak kisah je. Mesti ada hal lain ni. 

     "Kau okay Naeun ?" teguran Eunjung mengejutkan Naeun yang sedang mengelamun. 

     "Hah ? Err tak ada apa lah. Aku nak pergi toilet jap" kata Naeun lalu terus berlalu. Buku yang dipegang sejak tadi selamba sahaja diberikan kepada Eunjung.

*****

     Kakinya laju melangkah menuju ke pintu keluar kedai buku tersebut. Hai , apsal jauh sangat pintu keluarnya. Rungut Naeun. Sebak didada ditahan-tahan.

     Tiba diluar kedai buku tersebut , matanya mencari-cari kelibat tandas. Dia ternampak petunjuk arah menunjukkan arah tandas lalu laju sahaja kakinya melangkah menuju ke tandas. Dengiran telefon miliknya mengejutkan Naeun lalu automatik menghentikan langkahnya ketik itu.

     Junhyung ! Naeun mengetap bibir. Aku nak dengar suara dia . Aku rindu dia. Patut ke aku jawab ? Tangannya laju menekan punat lalu menjawab panggilan telefon dari Junhyung.

     "Tengah buat apa?" kedengaran suara lembut Junhyung di corong telefon. Dia menjerit ! Menjerit sekuat hati betapa dia rindu akan suara itu.

     "Tengah beli buku dengan Eunjung. Kenapa?" jawab Naeun perlahan.

     "Dah makan ?" 

     "Dah" Naeun menipu padahal dia belum jamah satu apa pun dari pagi tadi. Ah , memang selalunya orang balas 'dah' kan ?

     "Tak penat ke jalan-jalan?" tanya Junhyung.

     Naeun tersenyum. "Penat ? Haha , tak pun" Naeun kembali berjalan tetapi kini dia sendiri tidak tahu destinasinya.

     "HAHA nak dukung ?" usik Junhyung.

     Naeun tersenyum malu "Eihhh , sanggup ke ? Aku berat ni . HAHA" 

     "Eleh macam tak pernah"

     Naeun berkerut. Dia pernah dukung aku ke ? "Bilaaaaaaaaaaaaa?"

     Kedengaran tawa Junhyung di corong telefon. "Masa kecik dulu ..." kata Junhyung lembut.

     Naeun hanya tersenyum. Terlayar kenangan mereka berdua ketika kecil.

     "I Miss You" lembut suara romantis Junhyung menutur tiga perkataan itu. Naeun hanya tersenyum.

     "I ..." Naeun tidak sedar dia ingin membalas. Tiba-tiba dia ternampak kelibat Hara dan ibu Junhyung sedang berjalan menuju ke gedung pakaian. Mesra lagaknya.

     Hatinya sakit. Bibir diketap menahan sebak di dada.