WAITING FOR YOU
Hara awal-awal lagi sudah menarik Junhyung supaya mengikutnya. Dia tahu jika Junhyung mengetahui Naeun tidak masuk kelas hingga waktu keempat pasti kekasihnya itu akan turut mencari Naeun sampai dirinya dilupakan.
Telefon bimbit Junhyung yang sering kali berbunyi juga tidak dipedulikan. Dimatikan telefon bimbit Junhyung itu. Pasti itu Joon, desis hati Hara. Hatinya ketawa jahat. Tanpa sedar Hara tersenyum sendiri hingga membuatkan Junhyung pelik dengan tingkah lakunya.
"Wae?" pertanyaan Junhyung sedikit sebanyak menyedarkan Hara dari lamunannya. Dia hanya menggeleng. Junhyung pelik dengan tingkah laku Hara. Tadi Hara secara tiba-tiba menariknya ke bumbung sekolah . Apabila telefon bimbitnya berbunyi Hara pantas mencapai telefon bimbitnya lalu dimatikan.
Bertambah pelik Junhyung dibuatnya. Namun tindakan Hara hanya dibiarkan tanpa perasaan curiga.
"Dah lah , saya nak pergi kelas" kata Junhyung memecah kesunyian
"Alah , kenapa ? Kita dah lama tak macam ni." pujuk Hara dengan lentok manjanya.
Junhyung hanya diam tidak membalas kata-kata Hara. Tangannya segera mengambil telefon bimbitnya dari Hara lalu dihidupkan kembali.
Dilihatnya berderet panggilan yang tidak dijawab. Tidak cukup dengan itu berpuluh sms yang diterimanya. Junhyung berkerut . Kebanyakkannya dari Joon dan Eunjung. Hatinya dipugut rasa berdebar. Apakah yang berlaku ?
******
Naeun dan Eunjung pelik melihat tingkah laku Joon sebentar tadi. Wah wah , makin menjadi-jadi dia ni. Sampai pintu pun dia hempas.
Tangan Naeun bergerak mencari tangan Eunjung. Eunjung terkejut. Lalu dia memandang Naeun dengan pandangan tanda tanya.
"Jangan beritahu Junhyung" kata Naeun pendek tanda memahami maksud pandangan Eunjung. Eunjung mengetap bibir. Perlukah aku berbuat sedemikian ? Joon ! Kemungkinan besar Joon akan beritahu Junhyung! Lalu tangannya segera mencari telefon bimbitnya yang terletak kemas di dalam beg galasnya.
Jari jemarinya menari-nari menekan punat telefon satu persatu lalu ditekapakn di telinganya. "Joon!" jerit Eunjung apabila panggilannya dijawab.
"Kau kat mana ?" laju sahaja dia bertanya.
"No ! Jangan!" Eunjung kelihatan gelabah.
"Naeun cakap jangan !"
Suasana senyap seketika. Naeun yang menjadi pendengar setia hanya memerhati gelagat Eunjung . Talian dimatikan. Eunjung mengeluh seketika. Dia menunduk memandang lantai.
******
Junhyung menarik lengan Hara sekuat-kuatnya. Mukanya merah padam menahan amarah. Joon yang mengikut dari belakang kelihatan seungguh gelisah. Joon mengeluh seketika. Aku tak patut beritahu dia!
Junhyung menhempas pntu rumah Naeun. Tak berkunci ! Joon menepuk dahi. Aku lupa kunci pintu, desis hati Joon. Mata Junhyung meliar-liar mencari kelibat Naeun. Disebabkan dia sudah terbiasa dengan keadaan rumah Naeun , dia terus menuju ke bilik Naeun yang terletak di tingkat atas.
Tangan Hara yang dipegang kuat tadi masih tidak dilepaskan. Junhyung menolak pintu bilik Naeun sekuat-kuatnya. Nafasnya turun naik akibat amarah dan juga penat. Tangan Hara dilepaskan.
Junhyung terkejut melihat keadaan Naeun yang terbaring lesu. Kelihatan Eunjung yang duduk di birai katil juga terkejut dengan kehadiran tiga orang itu. Matanya mencerun ke arah Joon.
"Yah Goo Hara !" sergah Junhyung. Nafasnya turun naik. Sergahan Junhyung mengejutkan Hara. Dia tunduk memandang lantai.
"What ... have you did ?!" suara Junhyung kembali mendatar. Naeun yang tersedar akibat sergahan Junhyung terkejut melihat situasi yang berlaku.
Masing-masing tidak bersuara. Masing-masing tidak bergerak. Masing-masing tidak tahu hendak memberi reaksi.
Asal aku makin excited sambung FF ni wehh. huuu~ aku cek last post aku tadi . whooo~ 3 months ago walaweyhh. XDD
1 comment:
sambung~
Post a Comment