March 8, 2012

Waiting For You | Chapter 5

Waiting For You








          “Haa, akhirnya jumpa jugak”kata Joon yang kepenatan.

     Junhyung memandang Naeun. Dia merasakan sesuatu pelik pada diri Naeun. Tapi dia tidak pasti.

          “Cikgu Choi dah masuk ke?”Eunjung bertanya. Matilah meraka jikalau Cikgu Choi dah masuk.

         “Belum lagi”Joon membalas. Riak lega jelas di muka Joon dan Eunjung tapi tidak Junhyung. Dia hanya memandang Naeun.

          “Kau pergi mana? Kau nak kena bedal ke?”Junhyung terus bertanya. Mukanya merah menahan marah.

          “Aku tau Cikgu Choi busy hari ni so aku jalan-jalan lah!”jawab Naeun. Padahal gelabah juga dia tadi jika Cikgu Choi sudah masuk.

     Junhyung seperti tidak berpuas hati dengan jawapan Naeun.

          “Weh Joon, jom beli air.Aku haus gila”Eunjung dan Joon melangkah ke kantin untuk membeli air. Naeun mahu sertai meraka tapi entah kenapa kakinya tidak mahu bergerak.

          “Weh kau kenapa?”Junhyung masih tidak puas hati.

          “Kenapa?”Naeun pelik. Apa yang tidak kena dengan dirinya. Ada yang pelik ke.

          “Mata kau”pendek jawapan Junhyung.
Mata? Lain sangat ke? Kenapa Eunjung dengan Joon tak perasan pun. Ke dia saja nak test aku ni?-Naeun berkata dalam hati.

          “Mata?”


          “Kau... nangis ke?”


          “Nangis? Bila masa pulak?”


          “Habis,asal mata kau macam tu?”
          
          “Macam tu ape?”


         “Err.. mata kau lain. Maybe perasaan aku je kot”


         “Haha,memang perasaan kau pun. Ah, weh kau tak haus ke? Jom beli air.” Naeun cuba mengelak.


******

          "Balik dengan aku hari ni nak?" Junhyung bertanya kepada Naeun yang sedang membaca buku di perpustakaan sekolah. Nada suaranya di perlahankan sedikit. 

           "Dengan kau ?" Apa kena dengan mamat ni? Tiba-tiba je. 

          "Yelah dengan aku. Ada orang lain cakap dengan kau ke?" 

          "Awek kau ?" Pelik. Selalu dengan awek dia. 

         "Dia ada aktiviti kelab hari ni. Balik lambat. Dia suruh aku jangan tunggu dia" Naeun mengangguk. Kenapa mesti ajak aku ?

          "Kalau dia tak suruh kau jangan tunggu dia , kau tetap tunggu dia?" Apsal mulut aku gatal sangat ni. Tiba-tiba terkeluar. 

     Junhyung mengangguk. Naeun tersenyum pahit. 

         "Woih , boleh tak ni?" 

     Naeun mengangguk. Kebetulan Eunjung juga ada aktiviti kelab petang nanti. 

******

Naeun's Room
Naeun's POV

*gambaran cara Naeun duduk. 

     Naeun berjalan lemah menuju ke biliknya . Beg sekolah yang berada di lengannya dilepaskan perlahan. Bagaikan orang tidak bermaya lagaknya. Dia terduduk di lantai. Dipeluk kakinya seerat yang boleh. Disembamkan mukenye di lututnya . 

     Kenapa kau baik sangat dengan aku? Kau layan aku macam aku kekasih kau. Kau bagi aku harapan. Tolong jangan layan aku macam tu lagi. 

    Ya ! Ya ! Aku suka kau layan aku macam tu. Kau buat aku gelak. Kau buat aku gembira. Aku lupa seketika siapa diri aku , siapa diri kau. Aku lupa segalanya. Kita macam kembali ke zaman kanak-kanak kita dahulu. Tapi sekarang lain , satu perasaan mengiringi aku ketika itu. 

     Aku mengalirkan air mata. Apa tujuan kau sebenarnya ? Apa ? Kau buat aku macam ni. Seksa aku tahu tak? Kau ... kau menyeksa perasaan aku. Tolong ... tolong jangan buat aku macam ni... 

Bunyi deringan telefon menyedarkan aku dari ... 

sakai gile ending yg nih. hahah keh , =.='