Waiting For You
den tukar panggilan 'aku kau' antara naeun ngan eunjung. XD
Dia perasan aku ke tadi?-Junhyung mengeluh. Dia perasan yang Naeun berjalan keluar dari sekolah tadi. Tetapi matanya tidak pula memandang Naeun. Dia tidak mahu Hara mengesyakinya yang bukan-bukan. “Naeun...,”perlahan Junhyung menyebut nama Naeun. Sungguh dia rindu mahu menyebut nama itu. Sahabat lamanya. Mereka dahulunya sungguh rapat. Bagai isi dengan kuku. Ke mana sahaja bersama. Walaupun kadang-kadang pertemuan mereka akan diisi dengan pertengkaran.
Tapi tidak sesekali dendam menyinggah di antara mereka. Sehingga mereka di menengah rendah. Orang ramai menyalah anggap hubungan mereka. Mereka tidak pernah terfikir hubungan mereka sebegitu. Mereka rapat dari kecil. Pastinya mereka tidak kenal apa itu cinta. Atau mungkin tidak pernah didengar perkataan ‘cinta’ . Semakin lama mereka mula rasa tidak selesa. Rasa janggal kerap menyinggah di antara mereka setiap kali bertemu. Mereka mula rasa tidak selesa diantara satu sama lain. Mereka mula rasa yang tidak pernah mereka rasakan ketika mereka kecil dahulu. Janggal,tidak selesa semuanya bercampur aduk.
Maka Junhyung mengambil keputusan untuk berundur. Mulai itu, susah untuk mereka bertemu. Dalam dua minggu boleh dikatakan hanya sekali mereka bertemu. Mereka seperti mengelakkan daripada bertemu. Jangankan berjumpa, bertentang mata pun susah. Sehingga suatu hari Junhyung mendapat khabar bahawa Naeun sudah pindah sekolah. Rasa terkejut hadir dalam dirinya. Sedikit tersentak dia apabila mendapat khabar tersebut. Tapi dia buat tidak tahu. Kononnya malas mahu ambil tahu. Pernah suatu ketika, dia pergi ke rumah Naeun. Entah kenapa. Sebaik sahaja tiba di rumah Naeun. Dia mendapati bahawa Naeun sekeluarga sudah berpindah dari rumahnya. Fikirnya Naeun hanya berpindah sekolah. Tidak terlintas di fikirannya yang Naeun pindah rumah. Dia mendapat khabar bahawa Naeun menyambung pelajarannya di luar negara.
Junhyung mengeluh. Dia menyesal dengan tindakannya yang tidak mengambil endah itu. Dia kesal kerana jadi penyebab persahabatan mereka retak. Dia mengeluh berat.
Naeun menghempaskan tubunya ke atas katil empuknya. Segala penat lelah dilepaskan. Dia menarik nafas. Kepalanya sibuk memikirkan perihal Junhyung. Sungguh dia tidak menyangka. Mereka yang dahulunya berkawan rapat tetapi apabila masuk menengah rendah persahabatan mereka retak. Naeun tidak mahu mengingati semua itu. Terlalu pedih baginya. Sebolehnya dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Di tahan air matanya supaya tidak mengalir. Sebenci-bencinya dia kepada Junhyung,tapi dia tidak boleh menipu hatinya yang dia merindui Junhyung. Dikenang kembali kenangan mereka bersama. Hangat mukanya. Air mata mengalir juga di pipinya.
Dia tidak menyangka Junhyung boleh berkata sebegitu kepadanya. Kata-kata yang membuatkan hubungan mereka retak. Selepas sahaja Junhyung berkata begitu. Dia menangis teresak-esah di rumah. Dia tidak mahu hubungan mereka musnah. Dan kini, mereka bertemu. Tangisan Naeun berhenti apabila ibunya memanggil untuk turun makan. Dikesat air matanya supaya tidak dapat dikesan. Dia turun ke bawah untuk makan.
“Baik murid-murid, hari ni cikgu akan membentuk kamu kepada beberapa kumpulan. Kita akan adakan aktiviti berkumpulan.,”cikgu Jin Young membuat penerangan. Ada segelintir murid bersemangat dan gembira mendengar pengumuman cikgu Jin Young,ada yang mengeluh malah ada juga yang bersikap biasa-biasa sahaja. “Satu kumpulan mesti ada empat orang. Dua lelaki dua perempuan.”cikgu Jin Young berkata lagi. Serentak satu kelas itu mengeluh. Mereka mahu ditempatkan di dalam kumpulan yang hanya ada jantina yang bersamaan dengan mereka. Mereka yang tadinya bersemangat tiba-tiba menrundum semangat mereka. Hilang terus mood mereka.
Malah ahli kumpulan ditentukan oleh cikgu Jin Young. Lagi membuatkan mereka semua tiada mood. “Ish cikgu ni,”rungut Eunjung tapi suaranya dikawal. Naeun hanya tersenyum melihat Eunjung. Bagi Naeun, tidak perlulah buat aktiviti berkumpulan segala. Menyusahkan! Lagi jika ahli kumpulannya yang jenis nakal dan tidak menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar. Tidakkah menyusahkan dan mengganggu mereka yang mahu belajar? Biarlah mereka yang tidak mahu belajar berada dalam dunia mereka sendiri. Naeun tidak kisahkan mereka. Biarlah. Hidup mereka,mereka yang pilih. Tapi bila difirkan semula, bagus juga. Jika di dalam kumpulan, ahli-ahli boleh memberikan pendapat masing-masing justeru membuatkan seseorang pelajar lebih berfikir akan sesuatu perkara. Ini membuatkan seseorang pelajar itu lebih berfikir secara kreatif. Naeun berfikir sejenak.
Tiba-tiba, cikgu Jinyoung memanggi Naeun dan Eunjung ke depan. Mereka akur. Cikgu Jinyoung menyuruh mereka duduk di seseuatu sudut kemudiannya. Terdapat dua orang pelajar lelaki di situ. Baru sahaja Naeun ingin melangkah, tiba-tiba dia terkaku. Dia tersentak melihat lelaki yang akan jadi ahli kumpulannya. Tidaaaaaaak!!! Otokkhae?! Naeun menjerit dalam hati. “Yang tercegat lagi kat situ tu kenapa?,”teguran cikgu Jinyoung menyedarkan Naeun. “Ohh, jwesonghamnida seonsaengnim,”Naeun tunduk hormat . Dia melangkah menghampiri ke satu destinasi yang tidak ingin dia tiba. Setiap langkah yang diambil bagaikan terlalu pantas. Padahal lembap !
Naeun duduk di hadapan Junhyung manakala Eunjung duduk di hadapan Joon. Naeun tunduk memandang lantai. Dia tahu Junhyung sedang merenungnya. Tak ! Tak ! Tak ! Aku tak boleh macam ni. Aku kena pura-pura tenang. Yeah,that’s it! Naeun berkata dalam hati. Dia kembali memandang cikgu Jinyoung yang sedang mengajar. Lagaknya seperti fokus dengan apa yang dikatakan oleh cikgu Jinyoung padahal dia langsung tidak mendengar. Otaknya ligat berfikir itu dan ini. Junhyung masih merenungnya. Junhyung tiba-tiba mengeluh seperti memerli lagaknya. “Huh,sampai bila kita nak macam ni?,”Junhyung menunggu respon dari Naeun. Naeun tahu soalan itu ditujukan kepadanya tapi dia tidak memberi respon. Junhyung mengeluh berat. Dia tahu Naeun mendengarnya. Dia tahu Naeun hanya pura-pura fokus. “Aku tunggu kau kat atas bumbung masa rehat”Junhyung memanggil kata putus. Dia mengalihkan pandangannya ke hadapan.
2 comments:
mwo? diaorang berbaik semula an?
ili you such a great writer..I love your fanfic
Post a Comment