June 20, 2012

Waiting For You | Chapter 9


Chapter 9

     Junhyung ditinggalkan berdua-duaan di bilik Naeun. Sebentar tadi Joon meredakan kemarahan Junhyung lalu menarik keluar Hara dan Eunjung dari bilik itu. Joon merasakan hanya itu yang boleh menyelamatkan keadaan. Junhyung hanya membiarkan tindakan Joon itu, Fikirannya kusut.

     Junhyung yang sedari tadi hanya tercegat berdiri mula berasa lenguh akibat berdiri terlalu lama. Lalu Junhyung duduk di birai katil Naeun yang empuk. Teragak-agak dia duduk di situ. Cermat sekali gayanya. Dipandang Naeun dengan pandangan yang sungguh redup. 

     Keluhan dilepaskan. Berat sekali lagaknya keluhan itu. Semuanya salah aku ke ? Aku kah yang buat dia jadi begini ?

     Fikirannya melayang ke arah Hara. Tidak disangka disebalik lentok manjanya , terselit sifat hasad dengki yang menebal di hati. Dia nampak ke aku keluar dengan Naeun hari tu ? Ah , aku bukan buat apa pun. Dia pun pernah keluar dengan lelaki lain. Argh ! Bagaimana aku boleh jatuh hati pada perempuan seperti itu ?

     Tangannya mengambil telefon bimbitnya yang tersimpan kemas di dalam kocek seluar sekolahnya. Laju tangannya menekan punat telefon. Tanpa berfikir panjang jarinya laju sahaja menekan butang 'send'. 

     Pandangannya jatuh semula ke arah Naeun yang terbaring lesu tidak bermaya. Kedengaran keluhan berat dilepaskan sekali lagi.

*****

     Hatinya bengkak. Suhu badannya naik mendadak. Diketap bibir sekuat yang mungkin. Fikirannya bingung , bercelaru ! Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tangannya mengenggam telefon bimbitnya sekuat yang boleh. Direnung skrin telefon itu. 

     Apa yang patut aku balas ? Arghhhhh. Semua salah kau ! Semuanya kaaauuu!!! Hara menjerit dalam hati. Bengkak hatinya membaca sms dari Junhyung itu. Semuanya berakhir ? Hara tersenyum pahit cuba menerima hakikat yang dia sudah tiada apa-apa kaitan dengan Junhyung lagi.

     Mata Hara terarah ke bilik Naeun yang sedikit tertutup. Diketap bibirnya. Lalu dia terus melangkah keluar dari rumah itu. Dia tidak betah duduk disitu walau sesaat pun. Hatinya bengkak.

*****

     Junhyung melangkah ke pintu pagar sekolah. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dilepaskan. Lalu kakinya melangkah menuju ke kelasnya.

     "Eh Junhyung lah" bisik satu suara. "Tu hah Junhyung." bisik satu suara dari arah bertentangan. "Eh betulkah khabar angin pasal Junhyung dengan Hara tu" 

     Junhyung berhenti dari perjalanannya lalau dia menoleh ke belakang. Dilihatnya semua orang sedang memandangnya. Mereka sedikit terkejut kerana secara tiba-tiba Junhyung memandang mereka.

     Junhyung meneruskan perjalanannya terus menuju ke kelasnya. Dia terus berlari mendapatkan Joon yang duduk bertenggek di tingkap kelas.

     "Lajunya berita tersebar" kata Junhyung mengejutkan Joon dari lamunan. 

     "Kau tak cakap dengan aku pun" kata Joon.

     "Tak penting pun" kata Junhyung bersahaja.

     Lalu pandangannya jatuh ke ara Naeun yang sedang leka membaca komik. Aku cintakan Naeun ?

aku buat pendek jekk ah. huh~ -..- aku tade idea ah nak type ape. storyline aku buat baru. So aku rse cerita ni mungkin agak panjang dari yang sepatutnya. k bai~






2 comments:

PiNk#CoFFee said...

ili chaiyok!!aq tunggu smbongannye..cpat skit tau..x sabar2 nie

Miss Oat 익명 said...

sambung :)